Utusan Borneo (Sabah)

STB wajar diberi peruntukan upah pekerja sendiri: Christina

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) wajar diberikan peruntukan untuk mengupah sendiri pekerja bagi memastikan tandas awam di lapangan terbang negeri ini sentiasa bersih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew mencadangk­an perkara itu perlu dipertimba­ngkan bagi memastikan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), Lapangan Terbang Tawau, dan Sandakan sentiasa bersih.

“Sudah tiba masanya perkara itu dilakukan sendiri STB berbanding hanya mengharapk­an pengurusan lapangan terbang melaksanak­an tugasan terbabit,” katanya ketika berbahas dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-16 di sini, pada Isnin.

Christina yang juga mantan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, kebersihan tandas awam di lapangan terbang ketika ini sangat tidak memuaskan.

Katanya, pelbagai aduan mengenai perkara itu sering diterima beliau khususnya daripada pelancong.

“Pelancong mengadu bahawa tandas awam lapangan terbang kita berbau, bocor dan kotor khususnya di sini dan Tawau.

“Saya mencadangk­an peruntukan diberikan kepada STB untuk mengupah pekerja sendiri, memandangk­an aduan sama sebelum ini tidak diambil perhatian oleh pihak pengurusan lapangan terbang.

“Saya percaya pihak STB mampu melakukan perkara yang lebih baik dalam hal tersebut,” katanya.

Christina berkata, Sabah adalah sebuah negeri yang cantik dan tidak seharusnya perkara seumpamany­a terjadi sehingga menjejaska­n imej.

Katanya, keadaan tandas kotor bukan merupakan budaya rakyat negeri ini, oleh itu tandas awam perlu sentiasa dalam keadaan bersih.

“Pada Ahad lalu, ketika tiba dari Kuala Lumpur, sekali lagi saya meninjau keadaan tandas awam di LTAKK, namun tiada sebarang penambahba­ikan diambil pihak berkaitan,” katanya.

 ?? ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia