Utusan Borneo (Sabah)

156 jayakan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia tonton filem Mat Kilau

-

KOTA KINABALU: Seramai 156 orang memenuhi pawagam City Cineplex, Citymall petang Ahad, bagi menjayakan Program Semarak Uniti Keluarga MalaysiaHa­yati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau yang diadakan secara serentak di 20 pawagam di seluruh negara.

Program itu disertai ahliahli Jiran Muda, Jiran Wanita, Ahli Jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Bandaraya Kota Kinabalu, serta Sekretaria­t Rukun Negara (SRN) dari IPG Gaya, UMS, UiTM.

Pengarah JPNIN Negeri Sabah, Delin Liet Blaun, berkata program itu dilaksana bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai semangat patriotism­e dan menanamkan jati diri di kalangan generasi muda.

Selain itu, ia juga diadakan untuk melahirkan masyarakat yang cintakan tanah air.

“Antara objektif program ialah meningkatk­an semangat patriotism­e dalam kalangan masyarakat dan melahirkan komuniti bersatu padu.

“Ia juga bagi memberi pengajaran dalam menghargai pengorbana­n pahlawan terdahulu demi kemerdekaa­n negara,” katanya.

Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia sambil menonton filem patriotik Mat Kilau mendapat sambutan menggalakk­an dan pujian orang ramai.

Selain Delin Liet Blaun, turut sama menyaksika­n filem itu ialah Timbalan Pengarah, Jessica Basat, Pegawai Zon Bandaraya Kota Kinabalu,

Normalawat­i Hassim dan Pengerusi-pengerusi KRT Zon Bandaraya Kota Kinabalu.

Filem Mat Kilau arahan Pengarah Terbaik Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57, Syamsul Yusof membariska­n pelakon-pelakon handal seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan

Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddi­n Tamby, Namron, A Galak, Khir Rahman, Ellie Suriaty dan pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian yang mencipta nama di Hollywood.

Antara mesej yang disampaika­n filem Mat Kilau ialah soal kepimpinan berkualiti, perpaduan, kesetiaan, kesabaran, bertindak mengikut strategi dan tidak bertindak terburu-buru.

Filem itu mampu memperliha­tkan gambaran sejarah mengenai penentanga­n masyarakat tempatan dalam mempertaha­nkan tanah air daripada campur tangan penjajah.

 ?? ?? CINTAKAN TANAH AIR: peserta SRN dari UMS.
Delin Liet Blaun bergambar bersama
CINTAKAN TANAH AIR: peserta SRN dari UMS. Delin Liet Blaun bergambar bersama
 ?? ?? PATRIOTISM­E: Sebahagian hadirin menjayakan Program Uniti Keluarga Malaysia-Hayati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau.
PATRIOTISM­E: Sebahagian hadirin menjayakan Program Uniti Keluarga Malaysia-Hayati Sejarah Melalui Filem Mat Kilau.
 ?? ?? KRT: Antara ahli-ahli KRT yang menyaksika­n filem Mat Kilau melalui Program Uniti Keluarga Malaysia.
KRT: Antara ahli-ahli KRT yang menyaksika­n filem Mat Kilau melalui Program Uniti Keluarga Malaysia.
 ?? ?? KENANGAN: Ahli-ahli KRT Sepanggar yang turut menjayakan program Uniti Keluarga Malaysia.
KENANGAN: Ahli-ahli KRT Sepanggar yang turut menjayakan program Uniti Keluarga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia