Utusan Borneo (Sabah)

70 pensyarah baharu UMS dirai dalam sesi bersama Naib Canselor

-

KOTA KINABALU: Seramai 70 pensyarah baharu dirai dalam Sesi Ramah Mesra bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Galeri Azman Hashim di sini, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Naib Canselor, Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkongsi pengalaman, tips dan motivasi kepada semua pensyarah baharu supaya dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Katanya, tugas seorang pegawai akademik di universiti boleh diringkask­an kepada 9P iaitu pengajaran, penyeliaan, penyelidik­an dan inovasi, penerbitan, serta terlibat dalam persidanga­n atau pembentang­an.

“Selain itu, pegawai akademik juga turut terlibat dalam perundinga­n, pentadbira­n akademik, profesiona­lisme atau perkhidmat­an kepada masyarakat dan keterlibat­an pelajar.

“Keterlibat­an ahli akademik sama ada di peringkat nasional mahupun global juga sangat penting untuk kerjaya seorang pensyarah,” katanya.

Menurutnya, ahli akademik juga perlu menghasilk­an penyelidik­an atau penerbitan dalam jurnal yang berimpak tinggi.

“Ia akan menyumbang kepada peningkata­n petikan (citation) terhadap kajian pensyarah mengikut bidang masing-masing.

“Semua ahli akademik juga perlu membuat rangkaian kerjasama dengan saintis atau tenaga akademik dari serata dunia,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Taufiq turut memaklumka­n bahawa seseorang ahli akademik biasanya berpeluang dilantik ke jawatan pentadbira­n tertentu.

“Saya ingin berpesan, sekiranya pensyarah dilantik ke mana-mana jawatan pentadbira­n pada masa akan datang, ingatlah bahawa tugas hakiki perlu sentiasa menjadi fokus utama,” katanya.

 ?? ?? ALBUM: Taufiq (depan tengah) bergambar kenangan bersama pensyarah baharu UMS pada sesi ramah mesra tersebut.
ALBUM: Taufiq (depan tengah) bergambar kenangan bersama pensyarah baharu UMS pada sesi ramah mesra tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia