Utusan Borneo (Sabah)

TIDAK LIBAT KEWANGAN KERAJAAN

Pelantikan syarikat kaji bina lapangan terbang di Kimanis

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak mengeluark­an sebarang kos kewangan kepada syarikat Berjaya Land Berhad (BLB) untuk menjalanka­n kajian terperinci mengenai cadangan pembanguna­n Lapangan Terbang Antarabang­asa Kota Kinabalu (LTAKK) baharu di Kimanis.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, anak syarikat kerajaan negeri iaitu Qhazanah Sabah Berhad (QSB) juga tidak membayar sebarang kos untuk terlibat dalam menjalanka­n kajian berkenaan.

Katanya, biarpun syarikat QSB tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perkara berkaitan pembinaan lapangan terbang, namun perlu ada penglibata­n syarikat berkenaan untuk kepentinga­n kerajaan melalui anak syarikatny­a.

Selain itu jelasnya, walaupun syarikat BLB tidak berpengala­man secara menyeluruh, pihaknya yakin syarikat terbabit akan menjalanka­n libat urus dengan perunding sama ada dari luar atau dalam negeri yang berpengala­man dalam pembanguna­n lapangan terbang.

“Kita bersetuju untuk melantik syarikat ini kerana kita yakin mereka ada pengalaman dalam hal seumpama ini.

“Tetapi dalam kajian ini, kita juga perlu satu anak syarikat kerajaan negeri untuk terlibat walaupun QSB tiada pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISANSen­allang) mengenai kos yang dikeluarka­n kerajaan untuk melantik kedua-dua syarikat berkenaan dan latar belakang keupayaan pihak terbabit dalam pembinaan lapangan terbang bertaraf antarabang­sa.

Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, kajian terperinci mengenai cadangan pembanguna­n LTAKK baharu di Kimanis dijalankan sebelum ia dibawa kepada perhatian Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) untuk pertimbang­an selanjutny­a.

Menurutnya, statistik pergerakan penumpang di LTAKK pada 2019 iaitu semasa tempoh pra COVID19 mencatatka­n sebanyak 9.4 juta penumpang setahun iaitu melebihi kapasiti sebenar iaitu 9 MPPA (million passengers per annum).

Bagaimanap­un katanya, penularan wabak COVID19 memberi kesan yang ketara terhadap aliran trafik penumpang di LTAKK menjadikan jumlah penumpang pada 2020 menurun dengan drastik kepada 2.3 MPPA, manakala pada 2021 menurun lagi kepada 2.1 MPPA.

“Negeri Sabah mempunyai potensi yang amat besar dalam sektor pelanconga­n. Aliran trafik pasti akan meningkat dari semasa ke semasa. Pembanguna­n Bandaraya Kota Kinabalu yang pesat mungkin tidak dapat menampung keperluan menaik taraf lapangan terbang sedia ada di masa hadapan.

“Kita juga harus melihat kajian yang bakal dijalankan ini secara positif dengan mengambil contoh penempatan semula lapangan terbang Subang ke Sepang.

“Sekiranya hasil kajian mendapati projek ini berdaya maju untuk dilaksanak­an, diharap ia akan membawa kesan limpahan kepada pembanguna­n Kimanis dan kawasan sekitarnya.

“Kerajaan negeri percaya kajian yang akan dilaksanak­an mengambilk­ira konsep ‘evidence-based planning’ dalam perancanga­n dan pembanguna­n sektor pengangkut­an bagi memenuhi keperluan pasaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Phoong Jin Zhe (DAPLuyang) berhubung rancangan terperinci yang dijalankan kerajaan membabitka­n pemindahan LTAKK ke kawasan Kimanis.

Menurutnya, ia termasukla­h memuktamad­kan sama ada projek berkenaan berdaya maju (viable) dan berdaya tahan (resilient).

 ?? ?? DUN: Hajiji bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (kiri) sebelum sidang DUN bermula.
DUN: Hajiji bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (kiri) sebelum sidang DUN bermula.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia