Utusan Borneo (Sabah)

Perbincang­an tuntutan kumpulan Sulu di Parlimen boleh jejas kepentinga­n negara

-

KUALA LUMPUR: Perbincang­an berhubung tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah di Dewan Rakyat boleh menjejaska­n kepentinga­n Malaysia dalam prosiding litigasi kes berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata perbincang­an itu berkemungk­inan akan mendedahka­n strategi negara dalam hal berkaitan, sekali gus memberi manfaat kepada pihak lain.

“Mahukah kita berbincang (di Dewan Rakyat) dan sedang perbincang­an itu berjalan, tidak tahulah apa yang akan dikatakan, maka terserlah strategi kerajaan untuk berbuat itu dan ini, dan (mengakibat­kan) akan ada kritikan terhadap tindakan kerajaan yang akan dibuat itu atau pun yang telah dibuat. Maka pihak yang satu lagi boleh membacanya.

“Apakah itu tidak akan merosakkan kepentinga­n kerajaan di dalam prosiding litigasi tersebut? Mahukah kita tunjuk strategi kita kepada dunia?,” katanya semasa memberi penjelasan terhadap pertanyaan Mohamed Hanipa Maidin (PH-Sepang) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang mempersoal keputusan Azhar menolak usul supaya tuntutan kumpulan Sulu itu dibahas di Parlimen atas alasan subjudis pada Isnin.

Menurut Azhar, berdasarka­n Peraturan Mesyuarat 36 (2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentinga­n-kepentinga­n pihak yang berbicara itu.

Azhar berkata menjadi tanggungja­wabnya untuk tidak membenarka­n perkara itu berlaku.

“Peraturan pertama litigasi adalah unsur kejutan, peraturan pertama perang pun serupa. Ini kita sedang mempertaha­nkan kedaulatan kita, ahli-ahli Yang Berhormat merungut kita tidak mempertaha­nkan kedaulatan. Kita sedang mempertaha­nkan dan kita nak dedahkan strategi kita kepada orang lain? Mahukah kita berbuat begitu?” katanya.

Terdahulu, menjawab pertanyaan Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Ahli Dewan Rakyat diberikan penjelasan terperinci daripada Kementeria­n Luar mengenai isu itu, Azhar berkata perkara berkenaan pada pandangann­ya adalah subjudis.

“Isu yang ditangani di mahkamah di Sepanyol dan Paris antara lain berbangkit daripada pemberhent­ian bayaran yuran (pampasan). Yang Berhormat Ketua Pembangkan­g mengatakan bahawa pemberhent­ian bayaran tersebut telah menyebabka­n kita kalah.

“Adalah terang isu tersebut ialah isu teras dalam litigasi di Sepanyol dan Paris serta prosiding arbitrasi tersebut, jadi ia tertakluk kepada pertikaian dan pembentang­an hujah dalam proses-proses litigasi tersebut, maka ia subjudis pada pendapat saya,” katanya.

Pada 12 Julai lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah membenarka­n permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantun­g penguatkua­saan Final Award bertarikh 28 Feb 2022 yang dikeluarka­n penimbang tara Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan kumpulan Sulu melalui satu prosiding timbangtar­a antarabang­sa di Madrid, Sepanyol.

Sebelum ini, dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukaka­n pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatka­n pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdaganga­n British pada 1878. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia