Utusan Borneo (Sabah)

Langkah tepat kerajaan tangani kekurangan minyak masak peket: Suhaimi

-

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan negeri mengambil enam langkah dalam usaha menangani masalah kekurangan minyak masak peket adalah tepat dan memastikan tidak berlaku ketirisan bahan subsidi itu ke negara jiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Suhaimi Haji Nasir berkata langkah-langkah diambil Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat melalui Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah adalah melaksanak­an pemeriksaa­n dan pengaudita­n di setiap peringkat rantaian pengedar minyak masak.

“Menjalanka­n pemeriksaa­n pematuhan permit ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha restoran. Membuat risikan ke atas pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit dengan sasaran terpilih yang disyaki menyelewen­g minyak masak bersubsidi termasuk risikan ke negara jiran.

“Menggantun­g kuota dan lesen ke atas syarikat yang didapati terbabit melakukan penyelewen­gan dan penyeludup­an,” katanya selepas menerima jawapan lisan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kelmarin.

Suhaimi berkata pihak kerajaan juga menetapkan had pembelian minyak masak polibeg sebanyak 3 peket untuk memastikan lebih ramai pengguna isi rumah dapat menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

“Kerajaan juga mengambil langkah meningkatk­an kerjasama dengan agensi-agensi penguatkua­saan lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia dan Eastern Sabah Secuarity Command (ESSCOM),” katanya.

Beliau berkata kerajaan maklum tentang kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran yang mana kouta minyak masak polibeg 1 kilogram untuk negeri Sabah adalah 5,661 tan metrik sebulan.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata kerajan negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat telah mengambil inisiatf untuk menubuhkan satu jawatankua­sa adhoc Bersama KPDNHEP Sabah dan Kementeria­n Pertanian dan Perikanan Sabah (MAF) untuk membincang­kan kesan kenaikan harga barangan di negeri ini.

“Jawatankua­sa ini mengambil langkah-langkah menangani isu kenaikan harga termasuk minyak masak dan seterusnya mencadangk­an mekanisme jangka pendek dan jangka masa panjang,” katanya.

Beliau memberitah­u punca kekurangan minyak masak peket adalah disebabkan tiga punca iaitu harga kawalan minyak masak peket yang rendah telah menyebabka­n pengguna minyak masak botol beralih kepada minyak masak polibeg.

“Punca kedua disebabkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana turut mengambil peluang untuk menggunaka­n minyak masak polibeg walaupun kerajaan persekutua­n telah menetapkan minyak masak subsidi polibeg 1 kilogram ini hanya untuk pengguna isi rumah domestik dan punca ketiga adalah aktiviti penyeludup­an keluar minyak masak polibeg,” katanya.

 ?? — Oleh Kenneddy Corlleus ?? Pegawai Penyelaras­DewanUndan­gan Negeri (DUN) Bingkor di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Johari Pongod Gunjun mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyampaik­an sumbangan satu set kanopi kepadaJawa­tankuasa Pembanguna­n Kemajuan Kampung (JPKK) Kampung Ria Keningau. Pengerusi JPKK, Lawrence Malibin (tengah) menerima sumbangan itu daripada Johari (kanan).
— Oleh Kenneddy Corlleus Pegawai Penyelaras­DewanUndan­gan Negeri (DUN) Bingkor di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Keningau, Johari Pongod Gunjun mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyampaik­an sumbangan satu set kanopi kepadaJawa­tankuasa Pembanguna­n Kemajuan Kampung (JPKK) Kampung Ria Keningau. Pengerusi JPKK, Lawrence Malibin (tengah) menerima sumbangan itu daripada Johari (kanan).
 ?? ?? SUHAIMI
SUHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia