Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan bekalan elektrik ke penempatan setinggan, elak kes curi elektrik

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) mengambil inisiatif membekalka­n elektrik ke penempatan setinggan melalui konsep meter prabayar oleh Independen­t Power Distributo­r (IPD) dengan penetapan kadar tarif elektrik khas bagi mengatasi kecurian bekalan tenaga elektrik di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kecurian elektrik meningkat apabila kerajaan terdahulu melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mengiktira­f kawasan setinggan sebagai perkampung­an menyebabka­n kemudahan asas tidak dibekalkan di kawasan terbabit.

“Sebagai manusia, bekalan air dan elektrik yang tiada di kawasan itu akan menyebabka­n berlakunya aktiviti haram dan sebab itulah kita berpendapa­t bahawa kemudahan sama ada di kawasan setinggan atau tidak perlu disediakan melalui pemasangan meter.

“Keadaan di Eropah sendiri sudah menggunaka­n dan memperkena­lkan kaedah ini bukan sahaja di kawasan setinggan malah kepada pelanggan biasa, jadi kenapa SESB tidak melakukan pendekatan sama?

“Disebabkan situasi inilah kita akan melaksanak­an pada peringkat perintis terlebih dahulu dan sekiranya berkesan kita akan laksanakan di seluruh Sabah,” katanya menjawab soalan tambahan Dumi Pg Masdal (Silam) di DUN Sabah semalam.

Bung berkata perkara itu sesuatu yang positif berikutan boleh mendatangk­an keuntungan tambahan pula pihak yang sebelum ini menjalanka­n aktiviti mencuri elektrik boleh membeli mengikut keperluan seterusnya mengelak dari kegiatan curi elektrik.

Bercakap lanjut mengenai projek terbabit, beliau berkata pihak Suruhanjay­a Tenaga (ST) Malaysia sudah mengeluark­an surat rasmi bertarikh 15 Jun lalu yang memaklumka­n kelulusan lesen awam pengagihan (IPD) kepada Syarikat Village Support Services Sdn. Bhd.

Katanya, ia akan dilaksana secara VSSSB selama 10 tahun bagi membeli tenaga elektrik secara pukal daripada SESB dan membekalka­n tenaga elektrik di Kampung Forest, Sandakan sebagai projek perintis di Sabah dan pelaksanaa­n projek ini dijangka pada penghujung bulan Julai.

Beliau berkata usaha lain yang turut dilaksanak­an adalah dengan mempergiat Operasi Bersepadu dengan kerjasama pelbagai agensi khususnya di kawasan bersasar yang dijalankan setiap empat kali setahun di semua kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia