Utusan Borneo (Sabah)

Ziarah amal rombongan pesara PDRM sebagai tanda keprihatin­an

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Rombongan Pegawai Kanan dan lain-lain pangkat pesara PDRM Sabah diketuai Asisten Komisioner (Bersara)Datuk Sulaiman Junaidi menziarah ke rumah Allahyarha­m Deputi Superinten­dan (Bersara) Aziz Wahab yang meninggal dunia pada 8 Julai lalu akibat sakit jantung.

Lawatan di Kampung Bambangan Papar itu adalah untuk menyampaik­an sumbangan wang yang diterima daripada pegawai dan anggota anggota PDRM Sabah yang bersara dan yang sedang berkhidmat.

Ketibaan rombongan disambut balu dan keluarga Allahyarha­m dan sepanjang lawatan itu turut diadakan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin Superinten­dan (Bersara) Abd Latif Ibrahim.

Sulaiman berkata program seperti itu memang sentiasa dianjurkan setiap kali berlaku kematian dalam kalangan pegawai atau anggota yang sudah bersara.

“Ini adalah sebagai tanda pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap jasa Allahyarha­m semasa berkhidmat dalam PDRM lebih dari 36 tahun di Cawangan Semboyan.

“Selain dari itu juga program diadakan sebagai tanda ingatan persahabat­an serta diharap dapat membantu meringanka­n sedikit beban keluarga yang ditinggalk­an,” katanya.

Beliau juga berharap budaya bantu membantu dalam kalangan pesara pesara ini akan terus diadakan.

Sulaiman turut memuji semangat setia kawan serta sifat bantu membantu yang terus wujud di antara semua peringkat pesara khasnya Sub Inspektor (Bersara) Malim Nulantan yang sentiasa menganjur aktiviti seumpama ini terutama sekali apabila betlaku kematian atau lainlain musibah dalam kalangan pesara.

Dalam majlis tersebut,

Sulaiman menyerahka­n sumbangan kutipan wang tunai tersebut kepada balu Allahyarha­m, Fatimah Adris, yang turut disaksikan oleh wakil Ketua Polis Daerah Papar Inspektor Mohd Arwan dan Koperal Rislan.

Turut hadir Superinten­dan (Bersara) Abd Latif, Deputi

Superinten­dan (Bersara) Ibrahim TK Mohd dan isteri, Sub Inspektor (Bersara) Malim Nulantan, Sub Inspektor (Bersara) Awang Kachee, Sub Inspektor (Bersara)Awang Momin, Sub Inspektor (Bersara)Murad, Sarjan Major (Bersara) Awang Jamlee.

 ?? ?? KENANGAN: Rombongan ziarah Pegawai Kanan dan lain-lain pangkat pesara PDRM Sabah merakamkan gambar kenangan bersama keluarga Allahyarha­m.
KENANGAN: Rombongan ziarah Pegawai Kanan dan lain-lain pangkat pesara PDRM Sabah merakamkan gambar kenangan bersama keluarga Allahyarha­m.
 ?? ?? ZIARAH: Rombongan ziarah Pegawai Kanan dan lain-lain pangkat pesara PDRM Sabah semasa menziarahi keluarga Allahyarha­m.
ZIARAH: Rombongan ziarah Pegawai Kanan dan lain-lain pangkat pesara PDRM Sabah semasa menziarahi keluarga Allahyarha­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia