Utusan Borneo (Sabah)

SMK Mutiara dan SK Rancha-Rancha juara keseluruha­n MSSWPL

-

LABUAN: Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Mutiara dan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR) muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) Kali Ke-21 Tahun 2022 yang berlangsun­g pada 12 hingga 16 Julai 2022 di Kompleks Sukan, Kolej Matrikulas­i Labuan.

Manakala naib juara disandang SMK Pantai dan ketiga SM Sains Labuan.

SK Pantai dan SK Tanjung Aru masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga kategori sekolah rendah.

SMK Lajau selaku tuan rumah menduduki tempat keempat diikuti SMK Rancha-Rancha di tangga kelima.

SMK Lajau dimandatka­n sebagai Pengerusi Pengelola bersama Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun sebagai Pengerusi Bersama yang diketuai Guru Besarnya, Dg Sarifah A Mahmood.

Kejohanan Olahraga MSSWPL 2022 melibatkan 888 atlet yang menyertai 18 acara padang dan balapan yang dikendalik­an 140 pegawai kejohanan yang terdiri daripada guru-guru di WP Labuan.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Yusup Haji Mohamad manakala majlis penutup dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata kejohanan sukan bukan semata-mata untuk mencari juara atau pemenang.

“Namun sukan juga merupakan sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarak­kan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya pelajar dan guru,” katanya.

Pengerusi Pengelola, Siti Aminah Zakaria yang juga Pengetua SMK Lajau dalam ucapan alu-aluan mengharapk­an agar Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke-21 dapat dilaksanak­an dengan jayanya dan mampu memupuk kerjasama daripada semua pihak.

“Syabas dan tahniah serta terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bersamasam­a menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai atlet Labuan akan dipilih mewakili Wilayah Persekutua­n

dan negara pada masa akan datang.

SSN SMK Mutiara dan SK Patau-Patau akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga MSSWPL kali ke-22 Tahun 2023.

 ?? ?? TERBAIK: Juara Sekolah Menengah, SSN SMK Mutiara.
TERBAIK: Juara Sekolah Menengah, SSN SMK Mutiara.
 ?? ?? ALBUM: Yusup bersama-sama Pengetua dan Guru-Guru Besar di WP Labuan sewaktu Upacara Penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL 2022.
ALBUM: Yusup bersama-sama Pengetua dan Guru-Guru Besar di WP Labuan sewaktu Upacara Penutupan Kejohanan Olahraga MSSWPL 2022.
 ?? ?? HEBAT: Juara Sekolah Rendah, SK Rancha-Rancha.
HEBAT: Juara Sekolah Rendah, SK Rancha-Rancha.
 ?? ?? KENANGAN: Bashir (kanan) menerima cenderamat­a daripada Pengarah JPN WP Labuan, Yusup Haji Mohamad.
KENANGAN: Bashir (kanan) menerima cenderamat­a daripada Pengarah JPN WP Labuan, Yusup Haji Mohamad.
 ?? ?? TERUSKAN: Pengerusi Pengelola, Siti Aminah Zakaria (kiri) menyerahka­n Bendera Kejohanan kepada Pengarah JPN WP Labuan, Yusup Mohamad.
TERUSKAN: Pengerusi Pengelola, Siti Aminah Zakaria (kiri) menyerahka­n Bendera Kejohanan kepada Pengarah JPN WP Labuan, Yusup Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia