Utusan Borneo (Sabah)

TNB, Perodua disaran jalin kerjasama

Perkenal kadar caj untuk kenderaan elektrik (EV) yang mampu dilanggani oleh rakyat

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menyaranka­n syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjalin kerjasama dalam memperkena­lkan kadar caj untuk kenderaan elektrik (EV) yang mampu dilanggani oleh rakyat.

Perdana Menteri berkata TNB ketika ini sedang berusaha untuk meningkatk­an pengeluara­n elektrik menggunaka­n sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik secukupnya.

“Pada masa sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilk­an

“Pada masa sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilk­an kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki ” oleh Keluarga Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.

“Malah, syarikat telekomuni­kasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediaka­n pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian,” katanya semasa berucap melancarka­n Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Ismail Sabri berkata kerjasama pintar seumpamany­a perlu dilaksanak­an segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia selain dapat menjamin kelestaria­n dan pembanguna­n negara yang mampan.

Katanya kerjasama itu juga dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, seperti yang dipersetuj­ui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Perodua Alza Serba Baharu yang dilancarka­n semalam dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat tanpa insuran).
— Gambar Bernama RASMI: Perodua Alza Serba Baharu yang dilancarka­n semalam dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat tanpa insuran).
 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Ismail Sabri (tengah) bersama Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kiri) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad (dua kanan) dan Presiden Daihatsu Motor Co Soichiro Okudaira (kiri).
— Gambar Bernama LANCAR: Ismail Sabri (tengah) bersama Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kiri) ketika hadir pada Majlis Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad (dua kanan) dan Presiden Daihatsu Motor Co Soichiro Okudaira (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? VERSI BAHARU: Keadaan dalam Perodua Alza versi baharu yang dapat dilihat pada Majlis Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama VERSI BAHARU: Keadaan dalam Perodua Alza versi baharu yang dapat dilihat pada Majlis Pelancaran Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia