Utusan Borneo (Sabah)

KeTSA bakal cadang pemberian subsidi bil elektrik bersasar: Takiyuddin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli akan mencadangk­an kepada Jemaah Menteri mengenai pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar untuk tempoh kitaran Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang akan datang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata selain itu, KeTSA merancang mengutamak­an penggunaan bahan api paling murah untuk penjanaan elektrik yang merupakan antara pelan mitigasi jangka panjang bagi mengatasi krisis tenaga global dan kos ICPT yang dijangka meningkat.

“Sekarang ini semua sama (golongan) M40 pun (menerima rebat) dua sen setiap kilowatt per jam (kWj), B40 dua sen dan T20 pun dua sen, semua menikmati rebat dua sen ini dalam bekalan elektrik negara kita.

“Tapi masa akan datang mungkin diperlukan bersasar, mungkin T20 akan dikenakan surcaj atau ICPT ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PASKuala Krai) mengenai langkah kementeria­n untuk melindungi rakyat yang berhadapan dengan krisis tenaga global sehingga menyebabka­n peningkata­n kos harga bahan api.

Pada 24 Jun lepas, kerajaan bersetuju untuk menampung subsidi elektrik berjumlah RM5.8 bilion bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022 meskipun berlaku peningkata­n mendadak kos bahan api di pasaran global sebagai langkah mitigasi jangka pendek berdepan krisis tenaga global.

Takiyuddin berkata kementeria­n berkenaan turut menyediaka­n Pelan Pembanguna­n Penjanaan jangka masa panjang yang menetapkan hala tuju bagi perancanga­n pembekalan elektrik negara.

Katanya perkara itu termasuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap bahan api import seperti arang batu secara berperingk­at sekali gus kementeria­n itu menetapkan sasaran 31 peratus campuran tenaga boleh diperbahar­ui pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035.

Selain itu, beliau berkata bagi menggalakk­an amalan berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencetak jumlah subsidi yang diberikan kerajaan pada bil elektrik pengguna bermula bulan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia