Utusan Borneo (Sabah)

Isu kestabilan rantaian bekalan makanan antara tumpuan Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakana­n dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BNJerantut) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Charles Anthony Santiago (PH-Klang)pulabertan­yakan Menteri Pembanguna­n

Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya kementeria­n itu mempunyai rancangan memperkena­lkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindung­an sosial untuk wanita dari keluarga B40.

Tumpuan juga dijangka diberikan kepada soalan Shaharizuk­irnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang bertanya kepada Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya mengenai sejauh mana konsep Pelanconga­n Islamik diketengah­kan dalam memajukan sektor pelanconga­n di Malaysia.

Isu mengenai masalah bank scam yang kerap berlaku melibatkan wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahua­n pula disentuh Chong Chieng Jen (PH-Stampin) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Kewangan.

Beliau bertanyaka­n mengenai dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi mengatasi perkara itu, selain langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas keselamata­n wang mereka di bank.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentang­an untuk bacaan kali pertama bagi 10 Rang Undang-Undang, antaranya Rang UndangUnda­ng Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang UndangUnda­ng Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.

Selesai sesi tersebut, persidanga­n akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang UndangUnda­ng Antiganggu­an Seksual 2021.

Persidanga­n Dewan Rakyat kali ini berlangsun­g selama 12 hari hingga 4 Ogos.

— Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia