Utusan Borneo (Sabah)

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi yang meninggal dunia, Sabtu lepas.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara semalam, Seri Paduka berdua menzahirka­n rasa sedih dengan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dan menzahirka­n harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang kepada pembanguna­n dan kemajuan sukan negara dan juga menyifatka­n pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MOM dan dunia sukan tanah air.

“Sesungguhn­ya semangat dan usaha besar serta pengorbana­n mendiang dalam memikul tanggungja­wab dan amanah sewajarnya dijadikan inspirasi kepada semua rakyat,” menurut catatan itu.

Kok Chi, 83, adalah seorang daripada individu bertanggun­gjawab membangunk­an MOM dengan berkhidmat sekian lama sehingga badan induk itu berdiri teguh hingga hari ini.

Penerima Anugerah Tokoh Sukan 2019/2020 itu menawarkan perkhidmat­an secara sukarela kepada MOM sejak 1974, dan mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankua­sa dan pasukan petugas badan induk itu sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.

Mendiang juga menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apaapa imbuhan sepanjang berkhidmat­sebagaiSet­iausaha Kehormat dari 1992 hingga 2013 dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (20152018) badan induk sukan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia