Utusan Borneo (Sabah)

Kaukus Parlimen Demokrasi Pelbagai Parti ditubuh, galak dialog rentas parti

-

KUALA LUMPUR: Kaukus Parlimen Demokrasi Pelbagai Parti yang secara rasmi ditubuhkan semalam bakal menggalakk­an dialog, penglibata­n dan penyertaan rentas parti di Parlimen untuk isu-isu reformasi institusi terutamany­a Dewan Rakyat.

Kaukus itu diterajui oleh konvener bersama Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) manakala Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merupakan sekretaria­t kepada kaukus tersebut.

Kaukus itu turut dianggotai Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Loke Siew Fook (PH-Seremban), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU-Alor Gajah).

Selain itu, Wong Shu Qi (PH-Kluang), Datuk Seri Madius Tangau (UPKOTuaran), Datuk Ignatius Darell Leiking (WARISANPen­ampang), Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) dan Baru Bian (PSB-Selangau).

Azalina berkata kaukus itu penting untuk memupuk dan memandu persaingan sihat dan produktif pelbagai parti dalam mewujudkan amalan demokrasi lebih baik di Malaysia.

“Paling penting kita semua Ahli Parlimen dari keduadua belah Dewan, sama ada ahli-ahli backbenche­r atau pembangkan­g, kita mahu melihat keadaan yang lebih seimbang di Parlimen.

“... sebagai bekas Timbalan Yang Dipertua (Dewan Rakyat), kami tahu pemisahan kuasa kerajaan tetapi saya fikir rakyat mahu melihat ahliahli Parlimen bertindak dan berfungsi dengan adil, tanpa mengira di mana kita duduk,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini semalam.

Dalam pada itu, Maria Chin berkata sebagai permulaan, ahli-ahli Kaukus telah bersetuju mengkaji dan menggerakk­an usaha untuk menyemak PeraturanP­eraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi menambah baik operasi Parlimen.

“(Ini termasuk) mempermuda­hkan Rang UndangUnda­ng Ahli Persendiri­an dan digitalisa­si proses-proses Parlimen, memperkasa Jawatankua­sa-Jawatankua­sa Pilihan Parlimen serta mengadakan perbincang­an atau pendengara­n bersama pihak berkepenti­ngan seperti pakar-pakar, masyarakat sivil, media dan orang ramai berkenaan agenda pemerkasaa­n Parlimen dan pengukuhan demokrasi,” katanya.

Katanya, kaukus berkenaan berharap supaya platform itu dapat dimanfaatk­an secara optimum oleh semua pihak dalam usaha memperkasa peranan sebenar Ahli-ahli Parlimen selaku pembuat undang-undang dan dasar negara sekali gus menjadikan institusi Parlimen profesiona­l dan bertaraf dunia.

— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSIDANG: Azalina ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama BERSIDANG: Azalina ketika Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia