Utusan Borneo (Sabah)

Forest intai Lingard

-

LONDON: Kelab pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest, berada di peringkat awal rundingan dengan Jesse Lingard dalam satu usaha untuk mengatasi West Ham United untuk mendapatka­n penyerang antarabang­sa England itu.

Lingard ketika ini ejen bebas selepas kontraknya di Manchester United sudah tamat dan Forest membuat tawaran lumayan untuk membawanya ke City Ground.

West Ham juga berharap untuk mendapatka­n semula pemain berusia 29 tahun yang menyerlah ketika tempoh pinjaman musim lepas tetapi pengurusan Forest melancarka­n bidaan mereka dalam usaha untuk melakukan pembelian terbesar mereka. Lingard juga dikatakan menerima tawaran dari Everton dan dua kelab lain sementara Tottenham Hotspur turut memantau.

Lingard masih belum berputus asa untuk memburu tempat dalam skuad kebangsaan England menjelang Piala Dunia 2022 pada bulan November walaupun peluangnya akan lebih cerah jika dia menyerlah di kelab lain Liga Perdana.

Forest sudah berbelanja lebih 70 juta pound sejak naik ke Liga Perdana dan pembelian Lingard akan mewakili satu lagi hasrat untuk melabur besar.

Lingard meninggalk­an Old Trafford pada akhir musim lepas, menamatkan satu tempoh lebih dua dekad di kelab.

Dia hanya bermain dua kali dalam kesebelasa­n utama United pada musim lepas.

Ia difahamkan bahawa Lingard akan membuat keputusan mengenai masa depannya pada minggu ini, dengan Forest berharap bersetuju menyertai mereka.

Forest hampir membuat pembelian kelapan dan kesembilan pada musim panas ini dengan dua perjanjian bernilai 10 juta pound untuk pemain dari Huddersfie­ld, Lewis O’Brien dan Harry Toffolo.

O’Brien, pemain tengah dan Toffolo, pemain di posisi pertahanan kiri, sudah menjalani pemeriksaa­n perubatan dan kehadiran mereka dijangka disahkan pada lewat semalam.

Forest sudah mendapatka­n Taiwo Awoniyi, Dean Henderson, Neco Williams, Omar Richards, Wayne Hennessey, Giulian Biancone dan Brandon Aguilera sejak menamatkan kemarau panjang di luar Liga Perdana. — AFP

 ?? ?? LINGARD
LINGARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia