Utusan Borneo (Sabah)

Barcelona dan Real Madrid akan bermain ‘El Clasico’ di luar Sepanyol

-

LOS ANGELES: Kelab Barcelona dan Real Madrid akan bermain perlawanan ‘El Clasico’ yang keempat pernah diadakan di luar Sepanyol pada Sabtu ini ketika kelab-kelab gergasi bola sepak Eropah kembali ke Amerika Syarikat (AS) dengan harapan menarik lebih banyak perhatian daripada peminat bola sepak di AS.

Perlawanan di Stadium Allegiant di Las Vegas, stadium milik kelab Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Las Vegas Raiders, menjadi kemuncak Jelajah Juara Bola Sepak melibatkan lima perlawanan yang dianjurkan oleh syarikat gergasi sukan dan hiburan AEG – yang juga memiliki kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Los Angeles Galaxy.

Edisi sulung kejohanan ini memaparkan beberapa perlawanan pramusim kelabkelab di Eropah yang dijadual berlangsun­g di AS selepas terhenti ekoran pandemik COVID-19.

Real Madrid, yang menjuarai Liga Juara-Juara dan La Liga Sepanyol musim lepas, dan Barcelona, menyertai barisan kelab ternama seperti Juventus dari Itali dan dua kelab dari Mexico, America dan Chivas Guadalajar­a.

Sementara itu, juara Liga Perdana Inggeris, Manchester

City dan pesaingnya, Chelsea, Arsenal dan Everton serta kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich, juga melakukan jelajah pramusim di AS ketika ini, dengan kesemua kelab ini mahu menarik lebih perhatian daripada peminat di AS dan memperkuku­hkan dan memperluas­kan perhubunga­n dengan rakan kongsi korporat di Amerika Utara.

“Sekarang ini, saya fikir ramai orang benar-benar teruja untuk melihat beberapa pasukan yang sentiasa ada lihat pada musim panas,” kata Tom Braun, Naib Presiden Kanan AEG, untuk Operasi Bola Sepak dan Perniagaan dan Pembanguna­n Perniagaan.

“Ia sudah agak lama sejak mereka tidak melihat pasukan ini dan peminat berasa teruja untuk melihat semula pasukan bermain dan juga melihat barisan pemain bintang.”

Tiket perlawanan BarcaReal hampir habis terjual, dengan pengedar tiket, Ticketmast­er menunjukka­n harga tiket dari sekitar 250 hingga 900 dolar untuk tempat duduk separas padang.

Satu-satu perlawanan El Clasico yang berlangsun­g di AS ialah pada 2017 di hadapan penonton penuh sesak di Stadium Hard Rock di Miami di mana Barca menang 3-2.

Dengan kelab-kelab Eropah membuat persediaan musim baharu mereka, peminat di AS bagaimanap­un tidak melihat semua pemain bintang mereka.

Bintang Real Madrid, Karim Benzema dijangka tidak akan beraksi Sabtu ini menentang Barcelona dengan pemain antarabang­sa Perancis itu hanya dijadual menyertai rakan sepasukann­ya pada Selasa.

Namun perlawanan persahabat­an itu boleh memaparkan beberapa pemain baharu kedua-dua kelab.

Erling Haaland, penyerang sensasi berusia 21 tahun yang dibeli oleh Manchester City, mungkin diturunkan pada perlawanan persahabat­an menentang America di Houston pada Rabu selepas menentang Bayern Munich di Lambeau Field pada Sabtu.

Penyerang baharu Chelsea, Raheem Sterling, sudah menyertai rakan sepasukan baharunya sementara Barca mungkin menurunkan penyerang baharunya, Robert Lewandowsk­i ketika di AS.

Ketika jurulatih kelab sudah lama menyedari bahawa ia mungkin sukar untuk menyesuaik­an pemain lama dan pemain baharu semasa jelajah pramusim, ada aspek komersial penting dalam jelajah ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia