Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur hina agama Islam ditahan reman

Disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini

-

“Siasatan awal mendapati audio tersebut telah dibuat pada tahun lepas, yang mengandung­i kata-kata maki hamun termasuk menghina agama Islam, namun seorang pengadu baru membuat laporan mengenainy­a pada 19 Julai ” (kelmarin).

Datuk Rohaimi Md Isa Ketua Polis Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur direman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Perintah reman bermula semalam sehingga Sabtu (23 Julai) terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarka­n Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Ia bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sementara itu menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, lelaki berkenaan ditahan kirakira jam 2 pagi semalam di rumahnya di Kampung Laut, di Chendering dekat sini.

“Siasatan awal mendapati audio tersebut telah dibuat pada tahun lepas, yang mengandung­i kata-kata maki hamun termasuk menghina agama Islam, namun seorang pengadu baru membuat laporan mengenainy­a pada 19 Julai (kelmarin).

“Mungkin laporan dibuat sekarang berikutan trend kes menghina agama Islam yang banyak dilaporkan pada masa ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Rohaimi berkata suspek juga didapati mempunyai enam rekod lampau membabitka­n kes dadah, mencederak­an orang serta ugutan terhadap ahli keluarga dan dia telah dihadapkan ke mahkamah tahun lepas.

“Kami juga syak lelaki ini mengalami gangguan mental akibat ketagihan dadah... Semasa ditahan, ujian saringan urin mendapati dia positif dadah Methamphet­amine,” katanya.

Rohaimi berkata pihaknya memandang serius kes membabitka­n penghinaan terhadap agama kerana ia boleh menjejaska­n keharmonia­n dan tidak akan berkomprom­i dengan pihak terlibat.

“Jangan sesekali jadikan agama sebagai bahan jenaka kerana ia boleh menyebabka­n perpecahan dalam masyarakat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? DITAHAN REMAN: Seorang penganggur berusia 59 tahun (tengah) ditahan reman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Perintah reman bermula semalam sehingga Sabtu ini terhadap lelaki itu dikeluarka­n Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam.
— Gambar AFP DITAHAN REMAN: Seorang penganggur berusia 59 tahun (tengah) ditahan reman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Perintah reman bermula semalam sehingga Sabtu ini terhadap lelaki itu dikeluarka­n Majistret Nordiana Abd Aziz di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia