Utusan Borneo (Sabah)

Ketua pendakwa Syarie tidak teruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutua­n membuat keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Siti Nuramira Abdullah bagi mengelakka­n wanita itu dituduh di dua mahkamah berbeza.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pendakwa Syarie jabatan itu berkata keputusan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap wanita itu berdasarka­n Seksyen 58 (2) Akta 505 Akta Pentadbira­n Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) dan Seksyen 181 Akta 560 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997.

“Pertuduhan jenayah sudah dimulakan di mahkamah sivil pada 13 Julai lalu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Maslahah dari sudut pentadbira­n keadilan bagi mengelakka­n tertuduh dituduh di dua mahkamah berbeza bagi mencapai matlamat sama iaitu untuk dihukum atas kesalahan yang dilakukan.

“Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman yang lebih berat. Sesuai dengan maqasid (matlamat) syariah yang menekankan pendekatan ta’dib dalam pentadbira­n jenayah syariah diharap dapat membawa kembali tertuduh ke arah amalan Islam sebenar,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kes berkenaan sudah didaftarka­n pada 13 Julai lepas berdasarka­n siasatan awal yang dijalankan terhadap Siti Nuramira dan sebutan pertama ditetapkan pada 14 Julai tetapi ditangguhk­an pada 21 Julai (hari ini).

Siti Nuramira ditahan kelmarin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), sejurus dibebaskan­denganjami­nanatas pertuduhan menyebabka­n suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Wanita itu sepatutnya dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, tetapi telah dibebaskan JAWI malam kelmarin.

Isnin lepas, Nuramira dan teman lelakinya V. Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalk­an baju kurung sewaktu membuat persembaha­n di atas pentas.

Perbuatan itu menyebabka­n suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Alexander Navin pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan iaitu membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunaka­n nama profil Twitter ‘greenleafy­connoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafy­connoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lepas.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di sebuah kondominiu­m di Damansara Perdana di sini, pada 10.30 pagi, 9 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia