Utusan Borneo (Sabah)

Harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat

-

KUALA LUMPUR: Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per tan metrik minggu ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata dalam pada itu, strategi dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang dilaksanak­an dengan bekerjasam­a erat bersama Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga telah menampakka­n hasil terutamany­a berkaitan isu ayam dan telur.

“Strategi lima serampang yang kita laksanakan adalah kawalan harga barang keperluan asas menerusi subsidi bersasar; libat urus berterusan bersama pemain industri bagi menstabilk­an harga dan peningkata­n penguatkua­saan melalui kolaborati­f dengan semua agensi penguatkua­saan untuk mengurangk­an ketirisan terutama barang bersubsidi.

“Selain itu, strategi lain adalah dengan memperluas­kan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) meliputi 613 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam usaha mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat melalui tawaran barangan asas yang murah sehingga 20 peratus berbanding harga di pasaran setempat,” katanya.

Strategi terakhir termasuk advokasi perubahan kecil terhadap gaya hidup pengguna untuk mempengaru­hi permintaan dan seterusnya harga barangan di pasaran tempatan, katanya kepada pemberita selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­n itu semalam.

Nanta berkata KPDNHEP akan meneruskan strategi lima serampang ini dalam menangani inflasi dan kos sara hidup yang sedang dihadapi negara dan rakyat ketika ini.

“Melalui sesi libat urus dengan pemain industri bersama kementeria­n lain termasuk Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi juga kami sudah bincang, memang sesi libat urus ini kami yakin akan beri kesan penurunan pada harga minyak masak dan barangan keperluan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta berkata sehingga kini jualan Perdaganga­n Borong dan Runcit Malaysia telah mencatatka­n rekod baharu pada Mei 2022 dengan pertumbuha­n 19.9 peratus tahun ke tahun berjumlah RM129.8 bilion seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Sehubungan itu, KPDNHEP telah menilai semula semua inisiatif dan program kementeria­n berimpak tinggi agar pemulihan ekonomi negara menerusi perdaganga­n dalam negeri dan pendayaupa­yaan pengguna terus berjalan seperti dirancang,” katanya.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya berkata insentif penguranga­n kompaun menerusi Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang dilaksanak­an bagi tempoh bermula 1 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022 akan dilanjutka­n untuk empat bulan lagi.

“Menyelami kesukaran komuniti perniagaan yang rata-rata masih bergelut untuk kembali bangkit daripada kesan pandemik COVID-19, SSM mengambil langkah melanjutka­n insentif ini untuk empat bulan lagi berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 hingga 31 Okt 2022.

“Bersandark­an insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat penguranga­n 90 peratus daripada nilai asal kompaun yang ditawarkan mengikut Akta 125. Mengikut rekod semasa, sebanyak 1,578 syarikat menikmati penguranga­n kompaun sejak inisiatif ini diperkenal­kan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia