Utusan Borneo (Sabah)

Kes dera kanak-kanak di Perak meningkat tahun lepas

-

IPOH: Sebanyak 357 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di Perak pada tahun lepas, meningkat 15 kes berbanding 342 kes pada tahun sebelumnya, persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu semalam

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Perak telah membantu mangsa penderaan dengan memberi pemelihara­an dan perlindung­an awal serta membuat pemantauan dan lawatan susulan terhadap mangsa.

“JKM turut menyediaka­n perkhidmat­an bimbingan dan kaunseling serta perkhidmat­an sokongan kepada kes kanak-kanak hamil luar nikah dan kanakkanak yang menjadi mangsa penderaan seksual dengan memberi penempatan di institusi JKM iaitu di Taman Seri Puteri, Batu Gajah.

“Bantuan kewangan juga disediakan bagi keluarga yang sanggup memberi penjagaan dan pemelihara­an kepada mangsa penderaan yang disenaraik­an daripada Program Anak Pelihara melalui Bantuan Anak Pelihara dengan kadar RM250 sebulan untuk seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih,” katanya dalam sesi soal jawab lisan.

Dr Wan Norashikin (BNKampung Gajah) menjawab soalan Leow Thye Yih (DAP-Pokok Assam) yang ingin tahu bilangan kes penderaan kanak-kanak yang dilapor di Negeri Perak pada kedua-dua tahun itu dan inisiatif yang dilakukan oleh jabatan yang berkenaan dalam menangani hal tersebut.

Beliau berkata menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, sebanyak 29 kes pada 2020 dan 23 kes dilapor pada tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI PERBAHASAN: Wan Norashikin ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Tahun Kelima DUN Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama SESI PERBAHASAN: Wan Norashikin ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Tahun Kelima DUN Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia