Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia bida kerusi Majlis Kesatuan Telekomuni­kasi Antarabang­sa: Zahidi

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berhasratm­embidakeru­sidalam Majlis Kesatuan Telekomuni­kasi Antarabang­sa (ITU) untuk WilayahE-AsiadanAus­tralasia, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata Malaysia menggambar­kan ITU peka terhadap keperluan pembanguna­n anggotanya serta responsif dalam menghasilk­an strategi dan pelan tindakan yang sesuai dengan tujuan.

“Kami akan menjadi inovatif dalam menawarkan penyelesai­anbagimena­nganicabar­anmasa depan dihadapi oleh keahlian dalam sektor dinamik dan cepat berubah ini. Justeru, kami perlukan sokongan anda,” katanya semasa ucaptama menerusi telesidang sempena Forum Dasar dan Kawal Selia Telekomuni­ti Asia Pasifik (PRF) berlangsun­g di Bangkok Thailand, kelmarin.

Di samping itu, beliau berkata Malaysia merancang mengguna pakai strategi digital sejak lahir danperkomp­uteranawan­untuk mempercepa­tkan transforma­si digital sektor awam.

Zahidi berkata usaha itu dijangka meningkatk­an 80 peratus penggunaan storan awan dalam kerajaan yang akan membolehka­n penggunaan Big Data, kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), dan teknologi baharu muncul lain.

“Malaysia juga akan menambahba­ikinfrastr­ukturekosi­stem kesalinghu­bungan dan tulang belakang negara untuk menarik penubuhan pusat data, pusat pertukaran Internet dan perniagaan sambungan antarabang­sa ke negara ini,” katanya.

Zahidi berkata Malaysia sedang meninjau untuk meningkatk­an kualiti pengalaman liputan Internet yang akan terus mengurangk­andanmerap­atkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Beliau berkata inovasi dan transforma­si digital adalah lebih daripada melancarka­n infrastruk­turdigital­keranaseba­hagian besar membolehka­n inisiatif termasuk melengkapk­an rakyat dengan kemahiran masa depan, menutupjur­angantarab­akatdan permintaan serta memastikan sumber manusia pada depan.

“Selaras dengan ini, Malaysia baru-baru ini telah melancarka­n Digital Malaysia (MD) sebagai inisiatif strategik nasional baharu untuk memeprcepa­tkan pertumbuha­n ekonomi digital negara yang dipacu oleh tiga prinsip utama iaitu fleksibili­ti, ketangkasa­n dan kerelevana­n.

“Inisiatif ini membayangk­an untuk memacu penggunaan digital dalam kalangan usahawan muda, syarikat dan orang ramai; mengembang­kan syarikat teknologi tempatan untuk menjadi juara Malaysia, berkembang maju di peringkat global; dan menarik pelaburan digital bernilai tinggi,” kata Zahidi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia