Utusan Borneo (Sabah)

Terharu dan teruja, pelajar UMS tekad lakukan terbaik sebagai Felo K-KOMM

-

KOTA KINABALU: Berasa teruja dan terharu, itu antara perasaan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lua Pei Ling, 23, setelah tersenarai antara 82 peserta Felo Perdana yang ditempatka­n di Pejabat Ahli Jemaah Menteri Malaysia bermula 13 Julai lalu.

Menurutnya, beliau tidak menyangka terpilih memandangk­an terdapat ribuan permohonan dari seluruh negara, namun berjanji akan menggunaka­n peluang itu sebaik mungkin untuk menimba ilmu dan pengalaman.

“Untuk makluman, saya ditempatka­n di Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), iaitu felo kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa.

“Secara jujurnya, bidang komunikasi dan multimedia merupakan bidang yang amat baharu dan asing kepada saya.

“Walau bagaimanap­un, saya telah bersedia untuk menyahut cabaran serta berharap dapat mempelajar­i selok-belok tugasan pemimpin negara di bawah bimbingan menteri,” katanya.

Pelajar tahun akhir jurusan Psikologi Industri dan Organisasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) itu berkata demikian ketika dihubungi hari ini.

Pei Ling turut menyuaraka­n harapan agar pengalaman yang diperoleh nanti meningkatk­an kemahiran insaniah sekali gus menjadi nilai tambah apabila memasuki dunia pekerjaan sebenar pada masa hadapan.

“Saya juga berharap dapat memanfaatk­an peluang ini untuk membina rangkaian profesiona­l, serta menghasilk­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan Program Jangkauan Komuniti yang berimpak tinggi bersama dengan felo seperjuang­an.

“Saya turut teruja untuk menerokai senario politik dan mendalami tugasantug­asan yang dilaksanak­an di peringkat kementeria­n,” tambahnya.

Mengulas lanjut Pei Ling yang mesra dipanggil Ada memberitah­u bahawa beliau akan mengaplika­si sepenuhnya segala ilmu pengetahua­n yang diperoleh di UMS sepanjang berkhidmat di KKOMM.

“Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk berterima kasih kepada mentor saya, para pensyarah UMS, ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada saya.

“Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik sepanjang program Felo Perdana 2022,” katanya.

Untuk rekod kesemua Felo Perdana akan berada di kementeria­n masing-masing sehingga 31 Disember 2022.

 ?? ?? LUA PEI LING
LUA PEI LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia