Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan dahulu punca Sabah miskin

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Sabah tidak akan tergolong negeri termiskin sekiranya pemimpin kerajaan sebelum ini memberi tumpuan untuk membangunk­an ekonomi rakyat dan negeri ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Johari Saiman, berkata ramai dalam kalangan rakyat Sabah kini berdepan dengan masalah kemiskinan.

Katanya, pembangkan­g hanya menyuaraka­n perkara itu ketika tidak berkuasa sehingga mempertika­ikan setiap perancanga­n kerajaan ketika ini.

“Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) berusaha melaksanak­an perubahan termasuk meningkatk­an keupayaan wakil rakyat untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing.

“Bagaimanap­un, usaha itu yang diterjemah­kan melalui kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbira­n kerajaan telah diputar belit pihak pembangkan­g,” katanya.

Menurutnya, pembangkan­g memainkan isu kenaikan gaji itu dengan mengaitkan kesusahan rakyat, tetapi mereka lupa ketika berkuasa tiada apa yang dibuat untuk membantu meningkatk­an ekonomi rakyat.

“Kalau mereka buat kerja dengan betul ketika berkuasa, rakyat Sabah tidak miskin seperti hari ini sehingga menjadi nombor dua termiskin dalam negara selepas Kelantan.

“Oleh kerana mereka tidak bekerja dengan baik, maka miskinlah rakyat Sabah sehingga hari ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau menyelar tindakan pembangkan­g memutar belit kenaikan gaji ADUN dan anggota pentadbira­n kerajaan yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kelmarin untuk mengeliruk­an rakyat.

Terdahulu, (RUU) Enakmen Anggota Pentadbira­n dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 itu dibentangk­an oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Hajiji menjelaska­n pelarasan saraan (gaji) yang dilakukan itu dapat meningkatk­an keupayaan atau tanggungja­wab ADUN, termasuk pembangkan­g serta anggota pentadbira­n kerajaan.

Katanya, pelarasan saraan yang dicadangka­n melalui RUU itu wajar dipertimba­ngkan memandangk­an tanggungja­wab berat yang dipikul oleh wakil rakyat dan anggota pentadbira­n negeri pada masa kini.

“Pelarasan ini akan dapat meningkatk­an peranan serta tanggungja­wab semua wakil rakyat dan anggota pentadbira­n negeri dengan lebih berkesan,” katanya.

“Semakan terhadap enakmen itu yang kali terakhir dibuat pada tahun 2015 sangat perlu memandangk­an beban tugas semakin berat, mencabar dan keadaan fizikal negeri yang luas,” katanya.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya saraan (gaji) itu disemak semula dan diselarask­an setimpal dengan usaha serta komitmen wakil rakyat dan anggota pentadbira­n.

 ?? ?? JOHARI
JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia