Utusan Borneo (Sabah)

Proses penyambung­an KK SkyBridgeC­entre Point Sabah sedang dilaksana

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Penyambung­an laluan KK Skybridge ke Centre Point Sabah akan dimulakan dan dijangka siap pada hujung November depan.

Dalam satu kenyataan Pengurusan Pusat Beli Belah Centre Point Sabah, jejantas Skybridge sepanjang 400-meter sangat penting kerana berfungsi sebagai laluan penghubung untuk pusat beli belah dan pelbagai hab komersial seperti di Api-Api, Warisan Square, Oceanus Waterfront Mall dan Asia City.

Kini pelancong kembali datang ke bandaraya ini dan kemudahan itu boleh dilaksanak­an segera.

Di samping itu, tempat simpanan pembinaan sementara telah diletakkan berhampira­n kawasan pembinaan di ruang pemunggaha­n Servay Premier.

Pihak Pengurusan Mall ingin memohon maaf atas sebarang kesesakan lalu lintas dan kesulitan yang ketika pembinaan tersebut dijalankan.

Selain itu, pengurusan pusat beli belah juga menggesa semua pemandu e-hailing dan orang ramai untuk tidak meletak kenderaan di kawasan pembinaan terutama pada waktu puncak bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas di sekitar pusat berkenaan.

Dalam kenyataan itu, projek KK Skybridge adalah sebahagian daripada Projek Rangkaian Pejalan Kaki dan Penambahba­ikan Trafik SkyBridge kerajaan.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Centre Point Sabah telah membelanja­kan kira-kira RM19, 000 ribu untuk perancanga­n awal dan yuran perundinga­n oleh Jurutera Perunding CKS untuk projek pembinaan sambungan KK Skybridge.

First Priority Corporatio­n merupakan kontraktor utama untuk projek penyambung­an KK Skybridge. Manakala kos keseluruha­n projek tersebut adalah berjumlah RM700, 000 yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan Centre Point Sabah.

 ?? ?? DILAKSANA: Penyambung­an KK Skybridge dijangka siap pada penghujung November 2022.
DILAKSANA: Penyambung­an KK Skybridge dijangka siap pada penghujung November 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia