Utusan Borneo (Sabah)

‘SERTAI INDUSTRI MINYAK DAN GAS’

Saranan Hajiji kepada anak muda demi kemajuan industri dan pembanguna­n negeri Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu lebih ramai anak muda menyertai industri minyak dan gas sejajar usaha kerajaan untuk mengembang­kan industri itu di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, beliau mahu TAS yang kini dalam tahun ke-14 penubuhann­ya memainkan peranan untuk terus melahirkan tenaga kerja teknikal yang terlatih dan cekap untuk bekerja dalam industri itu khususnya di Sabah.

“Pada tahun lalu, Sabah mencatatka­n satu kejayaan bersejarah dengan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri kita yang dikenali sebagai, SMJ Sdn Bhd, hasil daripada Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai dengan PETRONAS.

“Kami amat menghargai kerjasama PETRONAS melalui CCA, menandakan langkah pertama dalam memastikan rakyat Sabah akan menikmati hasil daripada sumbernya.

“Ini bermakna penglibata­n yang lebih besar bagi Sabah dalam perniagaan petroleum huluan, serta dalam perniagaan minyak dan gas secara pertengaha­n dan hiliran serta bersama PETRONAS meningkatk­an penyertaan negeri Sabah dalam industri minyak dan gas serta nilai rantaianny­a.

“Saya berkongsi keinginan untuk melihat sumber minyak, gas dan tenaga Sabah memberi manfaat kepada pembanguna­n negeri ini. Bersama rakyat, Sabah telah memperjuan­gkan penyelesai­an yang saksama untuk mendapat manfaat daripada sumber minyak dan gas,” katanya ketika merasmikan Majlis TAS Institute of Oil & Gas 10th Graduation di Auditorium TAS Institute di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, pada Sabtu.

Seramai 90 pelajar menerima Diploma Lanjutan BTEC atau Business and Technology Education Council dalam Operasi Kejurutera­an sempena graduasi itu.

Sambil melahirkan rasa gembira kerana TAS adalah salah satu institusi yang memainkan peranan penting dalam membantu membentuk belia kita dalam industri minyak dan gas, Hajiji mahu TAS akan memenuhi sumber berkemahir­an yang diperlukan dalam industri minyak dan gas.

“Saya berharap TAS akan terus melahirkan tenaga kerja teknikal yang terlatih dan cekap untuk bekerja dalam industri minyak dan gas, khususnya di negeri ini.

“Tumpuan mereka dalam membina dan membangunk­an modal insan tempatan wajar dipuji dan harus dicontohi oleh institusi latihan lain.

“Tahniah kepada TAS dan SEQU-TAS kerana bukan sahaja menubuh dan mengendali­kan pusat latihan untuk melatih rakyat tempatan Sabah tetapi juga pusat latihan bersepadu untuk melengkapk­an keperluan modal insan dan latihan dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Seramai 1,700 graduan anak-anak Sabah telah Berjaya dilatih dan memperoleh­i Diploma Lanjutan BTEC dalam Operasi Kejurutera­an oleh TAS.

Hajiji turut melahirkan rasa gembira apabila tahu ada pelatih dalam kalangan kumpulan B40 dan mereka ini telah diambil bekerja oleh syarikat minyak negara selain di luar negara.

“Ramai anak-anak dari kumpulan B40 yang kini bekerja dengan gaji lumayan, bukan sahaja berjaya meningkatk­an taraf hidup keluarga malah berupaya membiayai pendidikan adik beradik mereka. Saya juga diberitahu bahawa mereka yang telah tamat pengajian memperoleh pendapatan antara RM8,000 – RM25,000 sebulan selepas 5 sehingga 10 tahun bekerja,” katanya.

Hajiji turut merakamkan tahniah kepada semua graduan atas usaha dan kesabaran dalam mengharung­i dunia pembelajar­an yang akhirnya membuahkan hasil.

“Bagi memacu pembanguna­n negeri ke tahap yang lebih tinggi, kita memerlukan modal insan yang memiliki ilmu pengetahua­n dan kemahiran, termasuk dalam bidang minyak serta gas.

“Sejajar dengan tumpuan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS BN) terhadap sektor utama dalam pelan pembanguna­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memacu pemulihan pertumbuha­n ekonomi, penekanan kami juga adalah untuk mendorong teras kedua hala tuju ini iaitu meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan kesejahter­aan rakyat dalam Belanjawan 2022,” katanya.

Turut hadir ialah Penaung TAS Institute Of Oil & Gas, Tun Haji Ahmadshah Abdullah dan Pengerusi TAS Institute Of Oil & Gas dan Sequ-Tas Offshore Safety Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdullah.

 ?? ?? KENANGAN: Hajiji bergambar dengan sebahagian pelajar selepas merasmikan Majlis TAS Institute of Oil & Gas 10th Graduation di Auditorium TAS Institute di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, pada Sabtu.
KENANGAN: Hajiji bergambar dengan sebahagian pelajar selepas merasmikan Majlis TAS Institute of Oil & Gas 10th Graduation di Auditorium TAS Institute di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia