Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut rempuh kereta

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta di laluan bertentang­an Kilometer 6 Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian jam 3.40 petang itu menyebabka­n mangsa lelaki berumur 51 tahun meninggal dunia sertamerta di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitka­n sebuah motosikal dinaiki mangsa dan sebuah kenderaan jenis kompak.

“Kenderaan jenis kompak itu dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Lawas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, semasa kejadian itu, penunggang motosikal dipercayai memotong beberapa kenderaan yang berada di hadapannya.

Katanya, tindakan mangsa kemudianny­a melanggar kenderaan kompak di laluan bertentang­an.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dari arah bertentang­an dipercayai masuk ke laluan kenderaan kompak terbabit.

“Disebabkan jarak di antara kenderaan dengan motosikal itu sudah terlalu dekat, pemandu kenderaan terbabit cuba untuk mengelak ke kiri sehingga menghampir­i besi penghadang jalan sambil menekan break secara mengejut.

“Penunggang motosikal bagaimanap­un melanggar juga bahagian hadapan sebelah kanan kenderaan itu,” katanya.

Beliau berkata, impak rempuhan menyebabka­n mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ?? ?? MAUT: Keadaan di lokasi kejadian membabitka­n motosikal dan kenderaan jenis kompak.
MAUT: Keadaan di lokasi kejadian membabitka­n motosikal dan kenderaan jenis kompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia