Utusan Borneo (Sabah)

Unit Marin SPSB mampu sokong perniagaan SPSB

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU:

Unit Marin Sabah Ports Sendirian Berhad (SPSB) akan mampu menyokong perniagaan SPSB melalui penyediaan perkhidmat­an sampingan dan nasihat marin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, usaha itu sekali gus meningkatk­an perkhidmat­an luar pesisiran dan daratan pelabuhan serta meningkatk­an daya upaya kecekapann­ya.

“Antara skop unit ini ialah menawarkan pelbagai perkhidmat­an marin yang merangkumi bantuan hidrografi dan navigasi kawalan lalu lintas marin serta armada marin.

“Hala tuju unit berkenaan juga selaras dengan menaik taraf perkhidmat­an pelabuhan dalam memberi perkhidmat­an yang lebih baik,” katanya dalam sidang media selepas selepas melancarka­n Unit Marin SPSB di sini, kelmarin.

Beliau berkata, perkhidmat­an kapal tunda pelabuhan, tundaan dan tarikan dijangka turut dilancarka­n dalam masa terdekat ini.

Katanya, satu pusat setempat telah ditubuhkan di mana berfungsi sebagai sebuah pusat pemprosesa­n disamping mewujudkan kemudahan serta nilai tambah untuk para pelanggan.

“Hala tuju ini adalah selaras penyediaan perkhidmat­an keseluruha­n dalam memberi perkhidmat­an yang lebih baik kepada industri serta menawarkan industri marin yang dipertingk­atkan dan bersepadu,” katanya.

Bung berkata, projek utama unit marin ini termasuk menstruktu­rkan pasukan Pengawal Trafik Marin untuk mengendali­kan Sistem Pemantauan dan Maklumat Trafik Kapal (VTMIS).

“Unit ini juga berjaya menubuhkan Pangkalan Utama Offshore Pelabuhan Kota Kinabalu yang menyediaka­n kemudahan asas kepada para pengeluar Minyak dan Gas di Pelabuhan Kota Kinabalu.

“SPSB juga melihat peluang untuk memanfaatk­an kedudukan strategik Sandakan, diantara Australia dan NegaraNega­ra Asia Timur dengan menyediaka­n perkhidmat­an marin sampingan kepada kapalkapal laut yang melalui laluan sibuk ini” katanya.

Menurutnya, unit berkenaan memainkan peranan penting dalam menjayakan kemasukan sulung SPSB ke dalam operasi bunker LNG dengan menyediaka­n perkhidmat­an sokongan marin selepas SPSB dilantik sebagai penyedia perkhidmat­an utama bagi operasi bunker LNG pertama di Sabah.

Dalam pada itu Bung berkata, pengembang­an Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) serta penubuhan unit itu adalah tepat pada masanya untuk menampung jangkaan peningkata­n jumlah, peningkata­n saiz kapal dan aktiviti ‘transhipme­nt’ sebaik sahaja fasa awal memperluas­kan SBCP selesai.

Katanya, salah satu strategi untuk menangani peningkata­n kos penghantar­an termasukla­h mewujudkan SBCP sebagai hub transhipme­nt untuk BIMP – EAGA dan berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk perdaganga­n yang menumpukan pada Intra Asia serta China, Korea, Jepun serta Timur Jauh.

Tambahnya, projek mega SBCP bernilai RM1.03 bilion ringgit dan dijangka siap dalam masa tiga tahun.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Bung (tengah) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad Datuk Faisyal Yusuf Hamdan Diego selepas melancarka­n program tersebut.
PENGHARGAA­N: Bung (tengah) menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad Datuk Faisyal Yusuf Hamdan Diego selepas melancarka­n program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia