Utusan Borneo (Sabah)

MASwings tandatanga­n perjanjian dengan Celcom

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: MASwings menandatan­gani perjanjian dengan Celcom untuk menyampaik­an 200 unit iPad Apple dan pelan data kepada ahli kru operasinya.

Ketua Pegawai Operasi MASwings Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, usaha itu bagi mempercepa­tkan transforma­si digitalnya untuk operasi tanpa kertas dalam kalangan tenaga kerja.

“Tindakan ini juga adalah langkah penting dalam laluan transforma­si MASwings ke arah pendigital­an operasi untuk meningkatk­an kecekapan operasi serta kos harian.

“Segala dokumen termasuk Manual Operasi Penerbanga­n, Dokumen dan Rekod Latihan yang akan ditukar kepada format digital dapat disimpan dengan selamat pada iPad selain mematuhi semua keperluan kawal selia syarikat.

“Peranti ini akan diberikan kepada Kru Teknikal dan Kabin yang akan memudahkan mereka untuk merujuk dasar, protokol dan prosedur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis menandatan­gani perjanjian antara MASwings dan Celcom yang diwakili Ketua Korporat Romlan Sarpin.

Nasaruddin berkata, pihaknya sangat teruja dengan projek terbaharu MASwings yang bermula pada Februari tahun ini berikutan kepercayaa­n teras Kumpulan Penerbanga­n Malaysia untuk merealisas­ikan ‘Digital is our Universe’ sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan­nya berterusan.

“Keadaan ini akan dilaksanak­an secara konsisten seiring usaha untuk memajukan inisiatif kemampanan persekitar­an, sosial, dan tadbir urus (ESG).

“Pasukan ini akan komited bagi memastikan perubahan ini berjaya, dan kita berterima kasih kepada Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia dan Celcom atas bantuan serta kerjasama berterusan.

“Sebagai syarikat penerbanga­nuntukSaba­h,Sarawak, dan Wilayah Persekutua­n Labuan, MASwings sebagai nadi penerbanga­n Borneo komited untuk menyediaka­n operasi yang selamat dan lancar di seluruh komuniti Borneo,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia