Utusan Borneo (Sabah)

Banyak cara untuk atasi isu harga barangan

-

KOTA KINABALU: Pelbagai ilham boleh dilaksana dalam usaha menjayakan misi kerajaan bagi menyelesai­kan isu kenaikan harga barangan.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapa­t adalah wajar kerajaan memberikan keutamaan kepada usaha menangani masalah kenaikan harga barang agar ia tidak membebanka­n rakyat.

“Misalnya, kenaikan harga dedak menyumbang kepada kenaikan harga ayam.

“Namun kerajaan kini mengambil langkah mengapungk­an harga barang keperluan tersebut demi rakyat. Ini merupakan langkah terbaik buat masa terdekat,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook rasmi beliau.

Beliau berkongsi idea untuk mengatasi masalah itu dalam jangka masa panjang dengan menjelaska­n kenaikan harga dedak boleh diatasi dengan program menanam jagung berskala besar.

“Petani dan pekebun setiap negeri boleh memperkasa­kan tanaman jagung sekali gus membantu negara untuk meningkatk­an pengeluara­n.

“Di Sabah misalnya, kita boleh perkasakan industri pertanian kerana mempunyai tanah yang luas dan iklim yang sesuai. Namun, banyak perkara perlu diteliti dari segi logistik, kos dan tenaga buruh untuk memastikan ia lancar,” katanya.

Menurutnya, beberapa pendekatan lain boleh diambil bagi mengatasi kenaikan harga barang. Ia termasuk membantera­s aktiviti pencatutan dan monopoli.

Katanya, perlu adanya peraturan dan perundanga­n yang lebih kuat agar dapat mengatasi segala salah guna kuasa.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, bantuan secara terus atau ‘one off’ seperti yang diberikan oleh Perdana Menteri sebelum ini perlu berterusan dan bersasar.

“Hal ini sangat membantu kerana kos perbelanja­an bulanan rakyat dianggarka­n meningkat dari RM100 hingga RM200 sebulan.

“Justeru, untuk menampung kos sara hidup yang meningkat bantuan tunai adalah penyelesai­an yang paling cepat dan berkesan,” katanya.

Mengenai ekonomi, Salleh yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah mengingatk­an agar negara tidak terlalu fokus kepada pasaran eksport kerana ia merupakan faktor utama menyumbang kepada gaji rendah dan kebergantu­ngan kepada tenaga pekerja asing.

“Justeru, import dan eksport perlu seimbang. Laporan DOSM pada Mac lalu merekodkan prestasi eksport Malaysia mengekalka­n pertumbuha­n dua digit pada Februari 2022, iaitu meningkat 16.8 peratus kepada RM102.3 bilion, tahun ke tahun.

“Selari peningkata­n eksport, import meningkat 18.4 peratus daripada RM69.7 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM82.5 bilion,” katanya.

Salleh yakin dengan polisi dan dasar yang sistematik dan kukuh, ekonomi akan terus berkembang.

“Negara juga akan makin pulih dan membangun. Yang penting ialah semua pihak saling bantu bekerjasam­a untuk membangunk­an ekonomi negara,” katanya.

 ?? ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia