Utusan Borneo (Sabah)

AKM Kelantan: K-KOMM guna teknologi imersif dalam penyampaia­n maklumat

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menampilka­n kelainan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan dengan mengetenga­hkan teknologi imersif iaitu teknologi yang mengaburka­n batasan antara dunia nyata dan digital.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Mastura Ahmad Mustafa berkata, pameran teknologi imersif yang menghasilk­an lingkungan virtual tanpa batasan serta melibatkan interaksi fizikal pengunjung untuk menggunaka­nnya, turut bertepatan dengan tema Jelajah AKM kali ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Keluarga Digital’.

“Penggunaan teknologi imersif ini adalah kali pertama dipamerkan oleh K-KOMM sempena Jelajah AKM Kelantan dalam berkongsi maklumat berkaitan K-KOMM termasuk agensi-agensi di bawah kementeria­n ini kepada pengunjung.

“Pemilihan teknologi ini bertepatan dengan hasrat kerajaan membawa negara ke arah pendigital­an sejajar dengan perkhidmat­an rangkaian 5G yang bakal dinikmati rakyat secara berperingk­at selewat-lewatnya September ini,” katanya ketika ditemui Bernama di reruai K-KOMM di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Beliau berkata empat jenis teknologi imersif dipamerkan di reruai K-KOMM antaranya teknologi hologram yang memaparkan visual imej seorang lelaki pada skrin kaca berserta suara yang menyampaik­an maklumat latar belakang serta peranan K-KOMM.

“Selain itu, pameran Buku Selak (Book Flip) turut disediakan yang mana ia memerlukan pergerakan tubuh manusia (motion gesture) untuk menukar halaman atau muka surat buku digital yang mengandung­i maklumat berkaitan seperti 100 hari AKM, Menghormat­i Lambang-lambang Kebesaran Negara, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021,” katanya.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung sempena Jelajah AKM Kelantan yang berlangsun­g semalam hingga esok antaranya persembaha­n kesenian RIUHxJAKM Kelantan, Karnival Digital K-KOMM@JAKM, pertanding­an Muay Thai antarabang­sa dan ‘Bekwoh’ Keluarga Malaysia.

Jelajah AKM adalah kesinambun­gan kepada penganjura­n 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmat­an kepada rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Ismail Sabri (kiri) menggunaka­n teknologi hologram ketika melawat pameran Kemente rian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN: Ismail Sabri (kiri) menggunaka­n teknologi hologram ketika melawat pameran Kemente rian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia