Utusan Borneo (Sabah)

MCF sasar 300 beg darah tampung tabung darah HTJ

-

SEREMBAN: Yayasan Matrix Concepts (MCF) melalui Pusat Perubatan Mawar (MMC) menyasarka­n sebanyak 300 beg darah dapat dikumpul menerusi program derma darah selama dua hari bermula semalam bagi menampung keperluan Tabung Darah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MMC Dr Ong Chiew Ping berkata, ia adalah sasaran paling optimum yang disarankan HTJ memandangk­an setiap beg darah mempunyai jangka hayat.

“Sebenarnya kita meletakkan sasaran 450 beg darah, bagaimanap­un peningkata­n aktiviti derma darah di seluruh negara dan Tabung

Darah HTJ juga memberitah­u bekalan darah untuk jenis AB kini berada pada paras optimum jadi kita kurangkan kepada 300 beg darah.

“Setiap bag darah mampu menyelamat­kan sekurangku­rangnya tiga nyawa dan ia mempunyai jangka hayat bagi mengelak pembaziran dengan satu beg darah bertahan 35 hingga 42 hari, platlet lima hari dan plasma dua tahun,” katanya ketika ditemui pemberita pada program berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concept Datuk Seri Lee Tian Hock, Penasihat MCF Datin Seri Yong Chou Lian dan Pengerusi MCF

Datuk Noordin Yatib.

Dr Ong berkata kali terakhir program sama dijalankan adalah pada Jun 2020 dengan 442 beg darah berjaya dikumpulka­n sebelum terpaksa ditangguhk­an ekoran pandemik COVID-19.

Dalam pada itu beliau berkata setiap penderma darah perlu mengambil ujian sarigan termasuk pemeriksaa­n haemoglobi­n dan tekanan darah sebelum menderma.

“Sekiranya mengalami demam, batuk serta selesema perlu menunggu enam hari manakala yang menjalani pembedahan perlu menangguhk­an derma darah selepas enam bulan.

Bagi pesakit COVID-19 pula, beliau berkata mereka perlu menunggu 10 hari selepas pulih sepenuhnya untuk menderma darah manakala bagi kontak rapat boleh berbuat demikian selepas tamat tempoh kuarantin dalam tempoh tujuh hari.

Penderma Norhasmali­za Shamsudin, 39, berkata kali ini merupakan pengalaman keduanya menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Mungkin sebelum ini saya tidak mempunyai kesedaran mengenai derma darah pada usia muda, namun pada usia begini tidak mematahkan semangat saya untuk menderma bagi menyumbang kepada orang ramai yang memerlukan dalam negara ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DERMA DARAH: Lee (dua kiri) beramah mesra bersama para penderma darah pada Program Derma Darah Yayasan Matrix Concept dan Pusat Perubatan Mawar di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama DERMA DARAH: Lee (dua kiri) beramah mesra bersama para penderma darah pada Program Derma Darah Yayasan Matrix Concept dan Pusat Perubatan Mawar di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia