Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal tambat Zinchenko

-

LONDON: Kelab Arsenal mengesahka­n perpindaha­n pemain pertahanan Oleksandr Zinchenko dari Manchester City pada Jumaat dalam satu perjanjian dilaporkan bernilai 30 juta pound.

Zinchenko bersetuju dengan “kontrak jangka panjang” di Arsenal ketika dia berganding­an semula dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yang pernah menjadi penolong kepada pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini.

“Kami berasa sangat gembira di mana Alex (Zinchenko) menyertai kami. Dia seorang yang saya sangat kenali dan terus pantau selepas saya meninggalk­an Manchester City,” kata Arteta.

“Alex adalah pemain berkualiti tinggi yang akan memberikan kami pilihan dan kemahiran. Ia bukan hanya tentang posisi yang dia boleh main tetapi juga kepelbagai­an dia berikan di bahagian pertahanan dan serangan.”

Pemain antarabang­sa Ukraine berusia 25 tahun itu adalah pemain kedua dari City yang dibeli Arsenal pada penutup musim selepas mendapatka­n penyerang antarabang­sa Brazil, Gabriel Jesus dengan yuran 45 juta pound.

Arsenal juga mendapatka­n Marquinhos, Matt Turner dan Fabio Vieira pada musim panas ini.

Zinchenko, yang beraksi 52 kali bersama Ukraine, membuat 128 penampilan bersama City selepas tiba di Etihad pada 2016 tetapi hanya beraksi 15 kali dalam liga musim lepas.

Dia memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Inggeris sebanyak empat kali, selain memenangi Piala FA sekali.

Keinginan untuk beraksi lebih kerap dalam kesebelasa­n utama dan peluang bermain lebih kerap di posisi kegemarann­ya di bahagian tengah meyakinkan­nya untuk berpindah ke Arsenal, yang menamatkan musim lepas di tangga kelima liga.

Zinchenko sudah menyertai Arsenal dalam jelajah pramusim di Orlando.

Pengarah teknikal Arsenal, Edu, berkata: “Saya sangat gembira untuk melihat bagaimana kami bekerja sebagai sebuah pasukan di sini. — AFP

 ?? ?? ZINCHENKO
ZINCHENKO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia