Utusan Borneo (Sabah)

Sweden bertemu England pada separuh akhir Euro Wanita 2022 selepas menang 1-0 ke atas Belgium

-

LEIGH: Gol Linda Sembrant pada minit kecederaan memastikan Sweden menang 1-0 ke atas Belgium pada Jumaat, sekali gus menempah pertemuan separuh akhir Euro Wanita 2022 menentang pasukan tuan rumah England.

Pemenang pingat perak acara bola sepak wanita di Sukan Olimpik itu menjadi pilihan utama untuk meneruskan kemaraan ketika menentang pasukan Belgium yang beraksi di peringkat kalah singkir pertama mereka pada satu kejohanan besar.

Bagaimanap­un, pasukan ranking kedua dunia dalam bola sepak wanita itu bergelut menembusi penjaga gol Belgium, Nicky Evrard selain penyudah hambar dan keputusan kontrovers­i video bantuan pengadil (VAR) selama 92 minit permainan sebelum Sembrant memecah kebuntuan.

“Saya fikir ia adalah permainan di mana kami mengawal sepenuhnya,” kata Sembrant.

“Mereka menjadikan­nya ia benar-benar sukar kerana mereka begitu kental di hadapan pintu gol tetapi pada akhirnya kami memperoleh­i gol yang kami mahukan.”

Persediaan Sweden terjejas oleh tiga kes positif COVID-19 kepada Jonna Andersson, Hanna Glas dan Emma Kullberg.

Namun mereka masih menguasai permainan dari awal sehingga akhir dengan 34 cubaan ke pintu gol berbanding hanya 3 cubaan Belgium.

Belgium melepasi jangkaan apabila melepasi pusingan pertama kejohanan buat kali pertama pada penampilan kedua pada kejohanan besar.

“Kami pasukan bukan pilihan dari awal tetapi kami bermain baik sebagai sebuah pasuakan,” kata kapten Belgium, Tessa Wullaert.

“Ia adalah apa yang saya mahu ingati dari kejohanan ini.”

Filippa Angeldal menguji Evrard buat kali pertama dalam 10 minit pertama.

Pemain tengah kelab Manchester City wanita itu, yang menjaringk­an dua gol ketika Sweden membelasah Portugal 5-0 pada perlawanan terakhir pusingan pertama, kemudian melihat rembatanny­a tinggi dari hujung kotak penalti.

Sweden memikirkan mereka berjaya menjaringk­an gol pada minit ke-26 apabila Stina Blacksteni­us tenang menyempurn­akan hantaran Kosovare Asllani namun buat kali ketiga pada kejohanan ini, penyerang kelab Arsenal itu dinafikan satu gol selepas semakan VAR mendapati dia berkeduduk­an ofsaid.

Kelancaran serangan Sweden mulai terjejas selepas rehat ketika mereka bergelut mencari ruang di hadapan pintu gol Belgium, yang bermain secara bertahan sepenuhnya.

Beberapa lagi cubaan pemain Belgium berjaya ditepis Evrard termasuk satu cubaan pada minit pertama masa kecederaan namun bola melantun ke arah Sembrant untuk akhirnya berjaya merembat bola ke pintu gol.

“Saya beras sebak kerana saya sememangny­a sangat gembira dengan kemenangan ini,” kata pemain pertahanan Sweden, Magdalena Eriksson.

“Ia malam yang mengecewak­an. Untuk akhirnya menjaringk­an gol, ia sangat melegakan. Saya berasa bangga dengan rakan sepasukan di atas usaha mereka.”

Sweden belum pernah tewas perlawanan terbuka (bukan penalti) sejak Mac 2020.

Mereka perlu meningkatk­an prestasi dan keyakinan menentang England di hadapan penyokong tempatan pada Selasa depan.

“Saya tahu semua pemain England, mereka semua berbakat,” kata Eriksson.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia