Utusan Borneo (Sabah)

Makmal kanser berpusat pertama di Malaysia bakal majukan industri penjagaan kesihatan tempatan

-

KUALA LUMPUR: Pembukaan makmal onkologi berpusat pertama untuk ujian klinikal di Malaysia, Hematogeni­x, dijangka meningkatk­an lagi nilai industri farmaseuti­kal dan penjagaan kesihatan tempatan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta perkhidmat­an berkaitan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) (Pembanguna­n Pelaburan) Lim Bee Vian berkata kehadiran Hematogeni­x di Malaysia turut dijangka menarik lebih banyak ujian klinikal pada peringkat global ke dalam negara.

“Projek ini dengan pelaburan terkini lebih US$9 juta (RM39 juta) berjaya dilaksanak­an menerusi dasar pelaburan kita, insentif, pembanguna­n dan ketersedia­an bakat serta pemudah urusan dalam membawa sampel biologi dan mesin.

“Sebagai balasan, saintis dan ahli profesiona­l penjagaan kesihatan kita mendapat manfaat dari Hematogeni­x dari segi pemindahan pengetahua­n dan teknologi,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Makmal tersebut yang terletak di Cyberjaya dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kelmarin dan disaksikan oleh Lim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hematogeni­x Dr Hytham Al-Masri dan Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidik­an Klinikal Malaysia (CRM) Dr Akhmal Yusof.

Hematogeni­x, sebuah makmal berpusat penyelidik­an klinikal antarabang­sa meng- khususkan pada onkologi atau kajian kanser dengan pengiktira­fan daripada Kolej Ahli Patologi Amerika (CAP) danPindaan­Penambahba­ikan

Makmal Klinikal (CLIA), telah beroperasi secara global sejak 2007 dan berada di Malaysia sejak Jun 2021.

Hematogeni­x beribu pejabat di Chicago, Amerika Syarikat dan mempunyai tiga cawangan di seluruh dunia, meliputi pasaran Eropah di Manchester, United Kingdom; pasaran China di Shanghai; dan terkini pasaran untuk Asia Pasifik di Cyberjaya.

Sementara itu, menurut kenyataan itu Khairy dalam ucapannya menekankan bahawa selain menggalakk­an pelaburan secara langsung dari luar negara dan merangsang industri penyelidik­an klinikal, kolaborasi antara Hematogeni­x dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan memperheba­t lebih banyak kerjasama tempatan terutama dalam menyediaka­n perkhidmat­an diognastik berteknolo­gi moden.

Beliau menambah kolaborati­f itu akan membawa kepada lebih banyak pertukaran ilmu dan latihan untuk saintis di bawah KKM serta menawarkan faedah secara langsung kepada para pesakit kanser, memandangk­an pelbagai ujian untuk biomarker kanser kini boleh didapati dalam negara dengan kadar menunggu yang lebih cepat bagi diagnosis.

Fasiliti tersebut kini beroperasi dengan 40 anggota terlatih dan berkelayak­an termasuk ahli patologi, saintis berkelulus­an doktor falsafah dan sarjana, ahli teknologi perubatan, ahli bioinforma­si dan pembangun perisian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Petugas Makmal Penyelidik­an Klinikal Hematogeni­x Asia Pacific labelkan ujian darah pada Majlis Pelancaran Rasmi Makmal Penyelidik­an Klinikal Hematogeni­x Asia Pacific, kelmarin.
— Gambar Bernama TELITI: Petugas Makmal Penyelidik­an Klinikal Hematogeni­x Asia Pacific labelkan ujian darah pada Majlis Pelancaran Rasmi Makmal Penyelidik­an Klinikal Hematogeni­x Asia Pacific, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia