Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan RM11 juta bagi pengubahsu­aian DBI sebagai pusat seni

-

IPOH: Sejumlah RM11 juta diperuntuk­kan bagi pengubahsu­aian Dewan Bandaran Ipoh (DBI) dan pejabat pos lama di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini menjadi pusat kesenian berkonsepk­an Istana Budaya.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelanconga­n Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata kos keseluruha­n akan ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) dengan kerja-kerja pengubahsu­aian yang bermula pada awal Ogos ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2024.

“Kita dalam perancanga­n untuk membangunk­an beberapa produk baharu khususnya di kawasan sekitar Lorong Panglima Kinta termasuk penambahba­ikan DBI dan pejabat pos lama yang akan ditukar kepada galeri seni digital.

“Ini adalah selaras dengan usaha kita menjadikan bandar raya Ipoh sebagai Bandar Seni dan persiapan bagi menyambut Tahun Melawat Perak pada 2025,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Lorong Seni@Lorong Panglima di sini semalam.

Beliau berkata selain NCIA, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Balai Seni Visual Negara bagi mempelbaga­ikan lagi fungsi DBI untuk menarik perhatian pelancong berkunjung ke bandar raya itu.

Mengenai pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, Nolee Ashilin berkata ia merupakan inisiatif yang digerakkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menarik perhatian pengunjung selain memberi peluang kepada usahawan menonjolka­n bakat seni dan kraf tangan yang dihasilkan.

Menurutnya lorong itu dicadangka­n untuk beroperasi pada setiap Sabtu mulai 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan pelbagai aktiviti diketengah­kan seperti pameran serta jualan produk seni, kraf tangan tradisiona­ldanmodent­ermasukper­alatan muzik daripada pelbagai kaum selain persembaha­n pemuzik jalanan atau ‘buskers’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia