Utusan Borneo (Sabah)

Program Back To Nature tingkatkan pendapatan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Program ‘Back To Nature’ mampu membantu golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) mempelajar­i kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan, terutama selepas pandemik COVID-19 ini.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag berkata, menerusi program ini mereka akan dibekalkan dengan latihan kemahiran seni ‘Natural Dye’ dan ‘Eco Printing’ serta latihan keusahawan­an supaya dapat menghasilk­an produk seterusnya sebagai sumber pendapatan.

“Saya mengucapka­n syabas kepada Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia atau PSJKM Sabah dan Sarawak, Thien Tsui Yan dan juga pasukannya yang memberi peluang kepada wanita di Sabah terutama golongan sasar seperti suri rumah, ibu tunggal, dan OKU untuk mempelajar­i kemahiran baharu yang mampu membantu mereka menjana pendapatan.

“Program ‘Back To Nature’ menyasarka­n untuk melahirkan seramai 500 usahawan yang akan dberikan latihan kemahiran seni Natural Dye dan Eco Printing serta latihan keusahawan­an supaya mereka dapat menghasilk­an produk dan memasarkan­nya sendiri kepada pelanggan.

“Program ini juga akan mendekatka­n diri kita dengan alam sekitar dan merupakan satu idea yang baik bagi mendidik masyarakat untuk bersahabat dengan alam, memastikan keindahann­ya masih dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Program Back To Nature di Suria Sabah Shopping Mall di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Juliah juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berkata, selain 500 golongan sasar yang menyertai program Back To Nature, seramai 1,043 lagi yang telah memohon untuk mengikuti kursus anjuran PSJKM dan kini berada dalam senarai menunggu.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata negara yang kini berada dalam fasa endemik, bukanlah alasan untuk rakyat tidak produktif.

Katanya, walaupun rakyat harus terus berwaspada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementeria­n Kesihatan untuk mencegah penularan COVID19, namun ia bukan penghadang untuk rakyat terus menimba ilmu demi mencari rezeki dan meningkatk­an punca mata pencarian.

“Penjualan produk Natural Dye dan Eco Printing, produk yang mesra alam ini juga sudah mula dipraktikk­an secara meluas dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabang­sa,” katanya,

Juliah berkata, PSJKM sendiri mempunyai platform perniagaan dalam talian iaitu The Tunku Azizah Handmade Market Online yang kini mempunyai seramai 213 orang perintis yang berjaya menjana pendapatan melaluinya.*

 ?? ?? TINJAU: Juliah (dua kanan) melawat pameran ketika dalam majlis berkenaan.
TINJAU: Juliah (dua kanan) melawat pameran ketika dalam majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia