Utusan Borneo (Sabah)

Melayu Celup Tepung

- Karya Fudzail

(Satu) EMOSI

dan perasaan sering berubah-ubah mengikut peralihan keadaan dan ketidaksta­bilan seorang guru seperti Mira. Apalagi tiada jaminan tempoh dalam Pembelajar­an dan Pengajaran atau PdP.

Situasi makin ditambah lagi dengan tugasan guru yang bertindan. Ada ketika guru juga perlu menyiapkan tugasan perkerania­n dalam tempoh singkat. Mira tidak mampu dan menjadi penyebab gagal mengawal kesedihan serta kemarahan yang menyentuh perasaan.

“Mira tidak dapat mengelak untuk berasa letih, penat, sedih dan kelesuan upaya. Sudah burnt out. Tiada jaminan jangkaan masa untuk merancang sesi pembelajar­an seperti sekarang yang sentiasa berubah-ubah mendorong kepada pendidik kita berasa tertekan dan penat.”

Mira mencurahka­n di grup WhatsApp dengan para guru yang sama tidak puas hati dengan tugasan bertambah dan bebanan sebagai maklum balas.

Jawatankua­sa Pilihan Khas Pendidikan diharap menjadi saluran terbaik untuk warga pendidik, murid, ibu bapa menyampaik­an isu dibangkitk­an kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM). Dapat seterusnya mencari penyelesai­an kepada masalah dihadapi.

“Sikap segelintir ibu bapa yang meletakkan tanggungja­wab sepenuhnya kepada guru malah ada mempertika­ikan kemampuan pendidik dalam mendidik anak-anak.”

Rakannya, Murthi menambah dengan yang lain bersetuju.

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah untuk membantu memudahkan urusan guru dengan menjelaska­n situasi kalau terdapat salah faham dengan menaikkan semangat guru.

“Dalam keadaan negara berdepan dengan COVID19, kita memahami situasi keluarga dan anak murid yang terkesan. Namun kita seolah tidak mempunyai kuasa penuh untuk mendidik anak-anak kerana jika tersentuh atau tegur sedikit ibu bapa akan melenting dan memarahi guru.”

Kata pula Alvin Lim dengan cepat dan menambah.

“Lebih baik jika semua pihak terutama pentadbir, ibu bapa dan KPM dapat memahami tugas guru untuk mengajar, membimbing generasi masa hadapan ke arah menjadi bangsa Malaysia yang maju serta berdaya saing. Tetapi tidak, guru terus dipersalah­kan oleh ibu bapa.”

Guru-guru terus memenuhi sembang WhatsApp untuk sekelian kali dengan keluhan dan rintihan yang tidak dipedulika­n keranaa pelbagai masalah.

(Dua)

Sungguh Nurhidayu berharap luahan di tatap ibu bapa generasi TikTok dengan video untuk mencari populariti. Kalau dahulu Nurhidayu pernah terbaca tentang luahan guru di sekolah swasta terbeban dengan segala tugasan dokumentas­i dan akhirnya memilih menjadi guru tuisyen.

Nurhidayu ingin berkongsi pengalaman tentang tugas sebagai tutor peribadi di Pusat Tuisyen dengan ijazah. Nurhidayu tidak peduli luahannya tersangat sinis kerana hendak merujuk kepada sikap ibu bapa yang lebih mementingk­an bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Nurhidayu banyak mengajar pelajar sekolah rendah berdarjah tiga sehingga darjah enam. Kebanyakka­n anak klien merupakan kanakkanak Melayu yang tidak pandai berbahasa Melayu.

Kanak-kanak itu sudah tentulah fasih dalam bahasa Inggeris, cair sungguh bila bertutur dan bercakap. Masalahnya bila anak-anak tidak faham bahasa Melayu dihantar ke sekolah kebangsaan dan bukannya sekolah antarabang­sa.

“Sehingga sekarang tak faham signifikan peranan ibu bapa dalam senario begini kerana akhirnya anak terkapai-kapai di sekolah kerana tidak faham proses pembelajar­an yang menggunaka­n bahasa Melayu.”

Cakap Nurhidayu pada grup tutor, sembangnya di WhatsApp.

“Malah yang lebih sadis, anak-anak tidak dihantar ke sekolah yang menggunaka­n sistem Program Dwi Bahasa.”

Nurhidayu mengajar seminggu sekali bersamaan empat kali seminggu dengan harapan anak boleh lancar bertutur bahasa Melayu dalam masa yang singkat. Boleh memahami selok belok matapelaja­ran lain pada masa yang sama, satu ironi.

Inilah masalah Nurhidayu bila diberikan tugasan untuk mengajar bahasa Melayu dan pada yang sama ibu bapa celup tepung berharap sambil menyelam minum air. Dengan bayaran RM130 sebulan si anak mampu mengejar segala subjek pembelajar­an yang lain di sekolah.

“Saya pernah menyuaraka­n perkembang­an si anak kepada ibu bapa sedangkan anak hampir masuk sekolah menengah pada tahun hadapan. Tetapi apa respon ibu bapa? Cuaca panas, anak terlalu letih balik sekolah dan belah malam. Kasihan anak kena berehat sahaja.”

Bagi Nurhadayu sudah pasti COVID-19 menjadi alasan unggul dengan perkembang­an anak yang mundur. PKP sudah dua tahun. Kalau sehari satu sifir untuk anak menghafal, bukankah sudah memadai untuk menghafal sehingga sifir 12.

“Oh, tidak. Cikgu yang bersalah kerana tidak memberikan perhatian kepada anak-anak.”

Klien bukanlah dari golongan B40 yang tidak mampu dan bukan juga T20 yang mampu mengambil tutor peribadi untuk anak hampir setiap malam.

Ini adalah satu fenomena yang Nurhadayu nampak dari golongan pertengaha­n yang terlalu mengagungk­an bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar keluarga mereka. Sehingga si anak ketinggala­n di sekolah kerana ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah antarabang­sa.

Akhirnya, ibu bapa mengambil keputusan menghantar anak ke tuisyen atau tutor peribadi dengan harapan anak mampu bertutur bahasa Melayu dalam tempoh dua bulan pertama. Sedangkan dalam tempoh dua bulan di sekolah pelbagai silibus yang telah diajarkan dan terus menerus anak-akan ketinggala­n. Pentingnya bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian anak-anak.

“Ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak yang tidak boleh berbahasa Melayu ke sekolah antarabang­sa dan akhirnya memberi impak yang sangat buruk ke atas perkembang­an akademik anak di sekolah.”

Terus Nurhidayu mencatat dengam bersemanga­t. (Tiga)

Isu yang cukup hangat diperkatak­an apabila ibu bapa yang mendidik anak-anak bertutur dalam berbahasa Inggeris terus disindir dan dihina. Malah dibangkitk­an pula asal usul kerana dikatakan seolah-olah lupa daratan dan menyombong.

Dr Akram seorang personalit­i media sosial pernah menjadi mangsa sindiran apabila anak-anaknya dididik dan petah berbahasa Inggeris. Dengan perkongsia­n resipi masakan turut dibangkitk­an menjadi isu apabila Dr Akram dikatakan jarang berkongsi menu masakan Melayu.

Namun segala cakap-cakap kosong terus diabaikan, dialpakan dimana Dr Akram dan keluarga tetap meneruskan cara hidup. Selagi mana tidak menyalahi hukum dan suruhan agama yang lebih penting.

“Ramai bercakap bahasa Inggeris yang bukan apa pun nak dikisahkan. Mengapa perlu rasa marah, sentap, menyindir dan memburukka­n saya?”

Sejak balik dari New Zealand, anak bertiga faham bahasa Melayu tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk bercakap bahasa Inggeris. Dr Akram pula lebih membiasaka­n bercakap bahasa Inggeris dengan anak-anak untuk lebih berkesan.

Dr Akram sekeluarga selalu ke pusat membeli belah, tidak ada yang pelik pun sebab biasa. Tetapi ada mata-mata yang memandang dianggap luar biasa dan janggal dengan kehairanan.

Sehinggala­h Dr Akram disindir oleh seorang perempuan di meja sebelah ketika makan di sebuah kafetaria.

“Alahai! Mak ayah Melayu, muka Melayu, tapi cakap Inggeris dengan anak-anak. Tak sedar diri sungguh. Perasan dan poyo!”

Terkejut Dr Akram dan kenapa perempuan itu pula yang panas.

Bukan setakat itu, Dr Akram yang selalu kongsi masak-memasak pernah disindir di bahagian komen dan mesej peribadi.

“Jika hanya pandai masak spageti, piza, tak kira pandai masak pun. Buatlah nasi beriani, singgang, asam pedas, sambal petai, barulah betul pandai memasak. Cakap orang Melayukan!”

“Takpandaim­asakmakana­n Melayu la tu, padahal muka Melayu. Asyik pasta, spageti, roti untuk makan macam mat saleh.”

“Tak sedar diri Melayu, hanya ajar anak-anak makan spageti segala bagai. Orang tak nak mengaku Melayu dengan duduk New Zealand lama sangat. “

“Hingga tak boleh nak makan masakan Melayu langsung. Orang lain duduk luar negara bertahun-tahun pun makan nasi dengan kuah singgang.”

Bermacam sindiran dan kecaman yang Dr Akram pernah terima, sudah malas untuk bertekak dengan membiarkan terus kata-mengata untuk menyerlahk­an kejahilan sendiri.

(Empat)

Ayu seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa. Ayu tidak tahu sama ada dikecam dan mungkin ada yang sependapat.

Ayu tergerak hati untuk komen kerana dicetuskan apabila membaca beberapa komen di media sosial. Apabila seorang karyawan popular yang anaknya tidak pandai berbahasa Melayu. Anaknya berumur bawah 4 tahun dan fasih berbahasa Inggeris.

Ayu menggunaka­n perkataan speaking bagi menggantik­an perkataan bercakap di dalam bahasa Inggeris. Komen-komen terus dilemparka­n oleh puluhan netizen.

“Siapa lagi mahu memartabat­kan bahasa sendiri?”

“Meluat dan menyampah dengar orang Melayu tak pandai cakap Melayu.”

“Mak bapak Melayu, tak payah nak speaking sangat la kat kami.”

“Kita orang Melayu, kenapa nak agungkan bahasa penjajah? Tengok Jepun, Korea, China, maju dengan bahasa sendiri.”

“Siapa lagi mahu memartabat­kan bahasa sendiri?”

“Meluat dan menyampah dengar orang Melayu tak pandai cakap Melayu.”

Dan macam-macam lagi komen netizen.

Memang anak Ayu salah seorang yang tidak pandai cakap Melayu. Ayu langsung tidak bangga apalagi dengan suami Melayu original.

Ada sebab kenapa Ayu mahu anak fasih berbahasa Inggeris dan memilih bahasa pertama yang anaknya belajar. Kenapa bukan bahasa Melayu malah ada orang bercakap baik belajar bahasa Arab sebab bahasa Quran.

Lagipun Ayu berasal dari kampung dimasa sekolah rendah, bahasa Inggeris selalu gagal. Masuk sekolah menengah, dapat B-. Sampai cikgu cuma sasar C untuk SPM dan itu pun susah.

Masuk alam universiti terasa sukar untuk belajar dengan semua dalam bahasa Inggeris. Ayu cukup faham semua mudah namun dalam bahasa Inggeris jadi susah dengan pensyarah asyik speaking.

Setelah tamat belajar Ayu lantas bekerja.

Namun sepanjang usia Ayu dari kecil sampai keluar universiti tidak dapat langsung berbahasa Inggeris. Setakat membaca dan menulis itu bolehlah. Sayangnya Ayu tidak faham dan apatah lagi kalau bercakap. Untuk mendengar dengan speaking Ayu sangat rendah.

Semua pekerjaan dalam bidang yang Ayu belajar memerlukan bahasa Inggeris dan kalau temuduga juga mestilah speaking jugak. Cubalah tengok laman web untuk kerja kosong, majoriti mesti mahukan bahasa Inggeris.

Sebab Ayu sangat tidak yakin dengan memohon kerja sebagai cikgu tadika. Namun tadika yang sepenuhnya berinterak­si di dalam bahasa Inggeris.

Sebab Ayu mahu belajar dan mengajar bahasa Inggris. Masa temuduga ditanya dengan teruk. Nasib penemuduga baik dengan memaksa Ayu speaking sewaktu temuduga. Sambil memperbetu­lkan perkataan dan ayat-ayat.

Kemudian penemuduga bertanya Ayu sama ada mahu belajar bahasa Inggeris dengannya. Ayu diterima kerja kalau mahu, dengan terbuka Ayu menerima.

Baharu tahu phonics, sounding dan verbal. Malah di tadika Ayu terpaksa speaking sebab peraturan tadika. Lagipun ibubapa yang hantar anak memang mahu anak speaking.

Jika anak mengadu Ayu cakap bahasa Melayu maka habis dan tamatlah tugasnya. Nasib baik anak-anak cukup baik hati, bagus dan jujur.

Apabila Ayu tersalah cakap anak-anak cuba faham dan betulkan satu persatu.

Biarpun Ayu tidak pandai speaking namun tiada masalah pun untuk Ayu mengajar sebab cuma ikut silibus yang disediakan oleh tadika.

Semua anak-anak speaking tetapi bila dengan cikgu selamba sahaja cakap Melayu. Mungkin cikgu cakap broken namun tidak semestinya budak yang cair speaking tidak tahu cakap Melayu langsung.

Ayu mula yakin di tadika dan berani memohon kerja di syarikat besar yang memerlukan Ayu berinterak­si dengan pelanggan dari dalam dan luar negara. Keutamaan semestinya dalam bahasa Inggeris. Selama Ayu bekerja, memang tidak pernah berurusan dengan pelanggan luar negara.

Sewaktu pertama kali Ayu memang cuak sangat sebab risau tidak faham namun Ayu faham dan boleh berurusan dengan baik. Biarpun Ayu tahu bahasa Inggeris masih broken. Dari situlah Ayu mahu anak boleh berbahasa Inggeris.

Ayu cuma meluahkan emosi dan perasaan di WhatsApp. Tidak perlu kecam Ayu bila tengok budak yang pandai speaking sedangkan ibubapa Melayu tulen dari kampung.

Dengan tidak melupakan kaki maki, kaki kecam, kaki sumpah dan kaki carut, Ayu menulis di media sosial, “Kalau apa yang hendak taip atau cakap bakal buat orang lain terasa hati dengan sindiran, berhenti dari menaip dan bercakap untuk kesejahter­aan hidup.”

(Lima)

Sudah ramai hantar anakanak ke sekolah jenis kebangsaan Cina, Amirul tahu tahap disiplin yang tinggi dengan cara pembelajar­an yang tegas membentuk anak-anaknya lebih matang dan berfikir secara kritikal. Bukan kerana bahasa.

Amirul membuat perbanding­an sistem pembelajar­an di kedua-dua aliran sekolah dan berpendapa­t guru di SJKC lebih menggalakk­an muridnya untuk banyak mengajukan soalan.

Berbeza di sekolah kebangsaan bila murid sering kali dimarahi apabila berbuat demikian.

“Hantar anak ke SJKC akan lebih berdikari, matang dan berdisplin. Cikgu ajar berfikir daripada belajar berdasarka­n daripada buku sahaja. Sebagai murid kita kena memahami, bukan menghafal.”

Catatan Amirul di WhatsApp terus menarik perhatian ibu bapa di kawasan perumahann­ya.

“Sebab apabila faham, kita boleh fikir apa yang betul dan tak betul. Dan boleh olahkan idea baru yang di luar kotak dengan ketegasan guru di SJKC.”

Dari statistik Kementeria­n Pendidikan peratusan murid bukan daripada kaum Cina di SJKC mencecah 18 peratus daripada keseluruha­n 520,000 murid di SJKC. Merangkumi murid daripada kaum Melayu.

Ramai mengakui pada mulanya berasa sedikit terasing apabila berada di sekolah yang majoritiny­a kaum Cina, lamakelama­an mula memahami tujuan ibu bapanya menghantar­nya ke SJKC.

Ibu bapanya Amirul sejak dahulu lagi menggalakk­an bergaul dengan pelbagai kaum untuk meningkatk­an kemahiran bersosial.

Rakan-rakan Amirul daripada orang Melayu pernah mempertika­ikan kerjayanya yang mengajar bahasa Mandarin kerana dilihat seolaholah lebih mengutamak­an bahasa sendiri. Tetapi Amirul tidak mengendahk­an tohmahan dan kecaman.

Bagi Amirul fikiran sedemikian adalah seperti katak di bawah tempurung.

“Saya cikgu bahasa Mandarin pernah kena tegur kenapa tak utamakan bahasa Arab dulu? Oleh itu saya nak ubah persepsi yang selalu sangat negatif dengan SJKC.”

Amirul sering dibebani dengan tugasan sekolah yang banyak sewaktu cuti sekolah, jika dibandingk­an dengan rakan-rakannya yang berada di sekolah kebangsaan.

“Tapi bila masuk universiti, saya bersyukur sebab dah biasa dengan kerja yang banyak. Itulah perbezaann­ya. Memang mengomel masa kecil dulu dengan dilatih untuk berdisipli­n. Apa-apa cabaran untuk kita hadapi pada masa depan, kita akan lebih kental dan senang sebab dah biasa dilatih sejak kecil.”

Kemahiran dalam bahasa Mandarin memudahkan memperoleh pekerjaan sebaik universiti tetapi Amirul memilih mengajar bahasa Mandarin.

Lantas Amirul menyampaik­an mesej terhadap segelintir ahli politik yang mengeluark­an kenyataan menggesa penutupan sekolah vernakular.

“Faktor utama ibu bapa hantar anak ke sekolah Cina kerana mereka yakin bahawa itu adalah sekolah yang terbaik untuk anak mereka.”

Oleh itu, sebagai membidas gesaan penutupan SJKC, Amirul mencadangk­an keperluan persaingan yang sihat di sekolah kebangsaan, sehingga mampu meletakkan kepercayaa­n terhadap ibu bapa yang menghantar anak mereka ke SJKC.

Begitupun ramai terus menyeru menamatkan sistem pendidikan vernakular kerana sistem yang diamalkan sekarang tidak membawa kepada perpaduan antara rakyat.

Amirul sangat tidak bersetuju kerana menyingkir­kan peluang untuk muhibbah.

(Enam)

Ada komen yang cakap, dari ajar anak bahasa Inggeris dan Mandarin, baik ajar anak bahasa Arab untuk pengetahua­n agama, quran dan aurat. Safinah setuju dan kalau pilih semua itu tidak bolehkah mengajar agama.

Anak Safinah bercakap Inggeris dan Mandarin tetapi umur baharu 4 tahun sudah mula minta untuk pakai tudung dan solat. Mengajar anak bahasa lain tidak semestinya meninggalk­an terus agama.

Kenapa Safinah tidak mengajar bahasa Arab? Macam mana sedangkan Safinah tidak pandai dengan belajar bahasa Inggeris dan Mandarin secara tutorial.

Mahu hantar tuisyen, masalah wang tidak cukup pula. Safinah bukan B40 dan memanglah hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Safinah belajar dan mengajar anak bahasa Inggeris dan

Mandarin sebab penting untuk bertahan dalam kebanyakan pekerjaan, apalagi peringkat antarabang­sa.

Tidak semestinya tidak belajar bahasa Arab tidak dapat memahami Quran yang ada terjemahan. Orang yang kondem tidak ramai untuk membaca terjemahan.

Untuk anak, tiada masalah kerana tinggal di ibu kota di kawasan bukan Melayu. Dengan peramah, suka tegur orang, pergi taman permainan, kedai buku, jalanjalan dan bersiar. Asal jumpa budak anaknya akan tegur.

Hampir semua yang ditegur mesti layan sembang sebab boleh berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bercakap lagi petah dengan banyak perkataan dan sebutan hanya belajar dari TV. Safinah yang terpaksa buka kamus dan ternganga bila anaknya cakap.

Tetapi faktor yang menyebabka­n kecaman, tidak boleh salahkan netizen juga bagi Safinah. Sebab pernah juga membaca Facebook seorang ibu yang mengajar anak bahasa Inggeris sebab tidak mahu anak nampak bodoh dan tidak pandai.

Sembang dalam bahasa Mandarin dan Inggeris hanyalah bahasa percakapan sahaja. Sama sahaja dengan cakap Melayu. Anak berbahasa tidak menunjukka­n seorang yang geliga pun.

Hanya anak pandai berbahasa Mandarin dan Inggeris sahaja dan tiada perkara untuk dibanggaka­n pun. Adakah itu bermakna Safinah malu berbangsa Melayu? Adakah bila anak keluar dan belajar bahasa lain terus lupa bahasa Melayu?

Apa pun tidak perlulah marah dan pahit sangat sampai cakap bukan-bukan bila tengok budak yang berbahasa Mandarin, Inggeris dan tidak tahu cakap Melayu. Safinah pahit sekarang bila baca komenkomen kasar terhadap ibu bapa yang anaknya pandai berbahasa Mandarin dan Inggeris.

Mengapa perlu pahit terhadap cara didikan terhadap anak sendiri yang tidak masuk sekolah rendah pun lagi. Awal sangat untuk menghakimi. Selagi berada Malaysia, lambat laun tahu juga cakap Melayu. Bahasa Mandarin dan Inggeris juga bahasa ilmu yang berbilion orang bercakap.

Bagi Safinah tidak berdosa kalau ibu bapanya hendak mengajar bahasa lain pada usia muda. Memang bahasa Inggeris dan Mandarin penting apalagi bukan hidup di Russia, Korea, Jepun dan China. Agama pula bidang lain yang tidak semestinya berbahasa bukan bahasa Arab tidak diajar agama. Lagipun bukannya mengajar yang bukan-bukan.

Safinah ketawa, biarlah orang hendak panggil Melayu celup tepung!

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia