Utusan Borneo (Sabah)

INDIKATOR PACU SEKTOR PERTANIAN

MAHA 2022 Zon Sabah bantu usahawan tani untuk pulih dan jamin sekuriti makanan negara

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 menjadi indikator utama dalam usaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)memacu pemulihan sektor pertanian dan agromakana­n negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, selain itu, MAHA turut membantu usahawan tani untuk pulih dan menjamin sekuriti makanan negara.

Katanya, Street Attack MAHA 2022 Zon Sabah melibatkan usahawan bimbingan jabatan dan agensi MAFI di Sabah.

“Melalui program ini, pelbagai produk keluaran peladang, penternak dan nelayan dapat diperkenal­kan dan dipromosik­an antaranya produk ikan segar, buahbuahan segar, produk industri asas tani serta kraf tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Promosi dan Publisiti MAHA 2022 Zon Sabah anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Tamu Jalan Gaya sini semalam.

Ronald berkata, langkah menangani sekuriti makanan adalah satu usaha berterusan yang memerlukan kemampuan pengeluara­n makanan di negara ini.

Menurutnya, pelbagai usaha dilaksanak­an MAFI serta agensi terlibat untuk meningkatk­an Tahap Sara Diri (SSL) pengeluara­n produk makanan negara.

“Ketika ini kita keluarkan beras sebanyak 70 peratus daripada keperluan dan kita import beras kira-kira 30 peratus.

“Justeru, pelbagai usaha kita lakukan di peringkat kementeria­n untuk meningkatk­an pengeluara­n dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada beras import dari luar negara.

“Melalui Dasar Agromakana­n 2.0 yang menentukan ketersedia­an makanan bagi rakyat Malaysia, bekalan makanan kita adalah stabil dan tersedia, manakala bekalan makanan yang perlu diimport sedang diolah dan dilaksana untuk pastikan keperluan itu dapat ditampung melalui import luar negara,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, pengeluara­n SSL padi di Sabah lebih tinggi kadarnya berikutan pengeluara­n beras tidak berada pada tahap yang memuaskan.

Bagaimanap­un beliau berkata, menerusi usaha yang dilaksanak­an kerajaan di bawah Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, satu projek jelapang padi yang besar sedang diusahakan.

Menerusi usaha itu katanya, ia akan meningkatk­an pengeluara­n beras untuk Sabah dan Jabatan Pertanian Negeri Sabah juga mengambil tindakan melalui penemuan varieti padi baharu.

“Kajian terhadap penemuan berkenaan perlu ada bagi mendapatka­n varieti padi baharu yang mampu mengeluark­an beras lebih tinggi dari varieti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu jelasnya, MAHA 2022 adalah pameran pertanian terbesar dan berprestij yang akan menampilka­n pelbagai produk baharu berkaitan pertanian yang bersandark­an kepada teknologi terkini, inovasiino­vasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran dan pengeluara­n secara efektif serta pendekatan lain yang mampu membantu sektor agromakana­n keseluruha­nnya.

Menurutnya, program berkenaan turut memberi penekanan kepada acara perdaganga­n dan perniagaan bagi menggalakk­an penyertaan syarikat-syarikat swasta dalam dan luar negara.

Katanya, bagi mengimbang­i daya tarikan pengunjung, MAHA 2022 akan diselitkan dengan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) melalui aktiviti pameran hasil dan produk pertanian oleh peladang, penternak, nelayan dan usahawan tani.

 ?? ?? MAHA 2022: Ronald (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada peserta MAHA 2022 Zon Sabah ketika melawat tapak pameran sempena program itu.
MAHA 2022: Ronald (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada peserta MAHA 2022 Zon Sabah ketika melawat tapak pameran sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia