Utusan Borneo (Sabah)

Kursus kemahiran KEMAS lahirkan modal insan berdaya saing

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dan Sijil Kemahiran Modular KEMAS (SKMK) Jahitan dilihat mampu melahirkan modal insan berdaya saing serta berdiri dengan bakat masing-masing.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, kursus berkenaan memberi peluang kepada beliawanis dan wanita untuk menambah kemahiran mereka yang sedia ada.

Katanya, menerusi kursus ini juga dapat memberi galakan kepada semua peserta untuk menjana dan meningkatk­an pendapatan keluarga.

“Kita percaya kemahiran yang digilap ini mampu membantu membentuk kualiti hidup masyarakat terutamany­a di luar bandar dan memupuk budaya niaga.

“Kursus kemahiran sebegini sudah pastinya menjadi medan untuk membina keyakinan diri setiap peserta,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan KKJP, SKMK Parlimen Kalabakan, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, pembanguna­n masyarakat luar bandar adalah sejajar dengan misi penubuhan KEMAS di negara ini.

“KEMAS mahukan melahirkan masyarakat luar bandar berpengeta­huan, berkemahir­an dan menguasai teknologi terkini supaya bijak menggunaka­n sumber yang ada secara optimum.

“Dengan impak dan pengetahua­n yang diperoleh dalam setiap kursus sebegini diharapkan dapat menambah nilai kemahiran supaya dapat bersaing dengan pasaran semasa,” katanya.

Suryady berkata, difahamkan latihan kemahiran di bawah Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) Parlimen Kalabakan ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakk­an.

“Terima kasih kepada penganjur kerana tidak jemu bersama masyarakat di sini dan tahniah semua peserta yang berjaya menghabisk­an kursus selama tiga hari ini.

“Saya menyeru kepada semua yang terlibat supaya kerjasama sebegini sentiasa diteruskan dan jadikan setiap kelas kemahiran KEMAS sebagai platform merealisas­ikan negara yang berdaya maju,” katanya.

Turut hadir, Pegawai KEMAS Tawau Mohamad Yusli Nassir; Pemimpin Pembanguna­n

Masyarakat (PPM) Merotai Mohamad Jalani Chacu dan PPM Tanjung Batu Saharudin Salleh.

 ?? ?? PESERTA: Suryady (empat kanan) bersama peserta yang berjaya mengikuti kursus itu.
PESERTA: Suryady (empat kanan) bersama peserta yang berjaya mengikuti kursus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia