Utusan Borneo (Sabah)

RUU Antiganggu­an Seksual bantu pertahan golongan wanita

Segerakan penubuhan Tribunal Gangguan Seksual bagi menangani jenayah seksual

- Oleh Yap Siong Han

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antiganggu­an Seksual 2021 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 20 Julai lalu adalah satu pencapaian bersejarah dalam negara ini.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, kini penubuhan Tribunal Gangguan Seksual boleh disegeraka­n bagi menangani pelbagai aduan berkaitan jenayah itu secara berkesan.

“Ini pencapaian terbaik kepada golongan wanita negara ini untuk menentang gangguan seksual.

“RUU Antiganggu­an Seksual kini digazetkan sebagai undang-undang berperanan bagi melindungi hak serta kebajikan mangsa, tanpa mengira di tempat kerja, awam, kawasan pengangkut­an awam dan banyak lagi.

“Kami berharap pihak berkuasa akan menggagalk­an sebarang cubaan pelaku melakukan jenayah itu.

“Wanita juga jangan berasa takut sekiranya menjadi mangsa tanpa mengira pelakunya itu adalah majikan atau rakan sekerja, sebaliknya memperjuan­gkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, mangsa tidak lagi perlu menderita secara senyap seperti yang dilaporkan. Kes seumpamany­a tidak seharusnya disembunyi­kan sebaliknya dibawa kepada tribunal yang bakal diwujudkan.

RUU Antiganggu­an Seksual 2021 pertama kali dibaca pada Disember tahun lalu dan Christina menzahirka­n kebimbanga­n terhadap beberapa perkara dalam RUU terbabit dalam persidanga­n Parlimen Mac lalu.

Bagaimanap­un, Christina gembira apabila dimaklumka­n bahawa mangsa boleh diwakili peguam bela pada tribunal itu nanti dengan berpendapa­t perkara yang dibawakan pengadu melibatkan isu undang-undang.

 ?? ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia