Utusan Borneo (Sabah)

Graduan TAS Institute Oil & Gas berpotensi sertai keperluan industri

-

KOTA KINABALU: Seramai 90 graduan TAS Institute Oil & Gas menerima Diploma Lanjutan ‘Business And Technology Education Council’ (BTEC).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, graduan pada majlis kali ke-10 institusi itu bakal mengisi sumber berkemahir­an yang diperlukan dalam industri minyak dan gas.

“Saya berharap TAS akan terus melahirkan tenaga kerja teknikal yang terlatih dan cekap untuk bekerja dalam industri minyak dan gas seterusnya memberi manfaat kepada pembanguna­n negeri ini.

“Pada tahun lalu, Sabah mencatatka­n satu kejayaan bersejarah dengan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri ini yang dikenali sebagai SMJ Sdn Bhd, hasil daripada Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai dengan PETRONAS.

“Ini bermakna penglibata­n yang lebih besar Sabah dalam perniagaan petroleum huluan, serta perniagaan minyak dan gas secara pertengaha­n dan hiliran bersama PETRONAS meningkatk­an penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas serta nilai rantaian nya,” katanya ketika merasmikan majlis Graduasi Kali Ke-10 TAS Institute Oil & Gas di sini Sabtu lepas.

Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah kepada TAS dan SEQU-TAS kerana bukan sahaja berjaya menubuh dan mengendali­kan pusat latihan untuk melatih rakyat tempatan Sabah, tetapi pusat latihan bersepadu tersebut juga mampu melengkapk­an keperluan modal insan serta latihan dalam industri minyak dan gas.

Hadir sama, Penaung TAS Institute Of Oil & Gas Tun Ahmadshah Abdullah; Pembantu Menteri Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih; Senator Datuk John Ambrose dan Pengerusi TAS Institute Of Oil & Gas dan Sequ-Tas Offshore Safety Sdn Bhd Datuk Ismail Abdullah.

 ?? ?? TAHNIAH: Hajiji (dua dari kanan) menyampaik­an transkrip kepada graduan.
TAHNIAH: Hajiji (dua dari kanan) menyampaik­an transkrip kepada graduan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia