Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan LOVE KK jayakan KK Clean Up Day

-

KOTA KINABALU: Jaringan LOVE KK Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjayakan Program KK Clean Up Day Edisi Kedua selepas dilancarka­n April lalu.

MayorDBKKD­atukNoorli­za Awang Alip berkata, edisi kali ini merangkumi kawasan sekitar Bandaran Berjaya dan tidak memfokuska­n hanya kepada pembersiha­n sampah-sarap.

Tetapi katanya, program berkenaan juga meliputi aktiviti ‘walkabout’ bertujuan meninjau kawasan-kawasan yang perlu diperbaiki.

“Objektif utama program adalah untuk memastikan kebersihan, meninjau kesihatan persekitar­an dan juga keceriaan serta mengenal pasti daya maju ekonomi sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

“Jika dilihat, kawasan Bandaran Berjaya sudah mula menampakka­n penambahba­ikan dan terdapat banyak potensi ekonomi di kawasan sekitar antaranya perniagaan makanan dan minuman, pemborong barangan runcit dan sebagainya.

“Justeru, kawasan ini seharusnya ditingkatk­an dan diperbaiki tahap kebersihan serta keadaan persekitar­annya dari semasa ke semasa,” katanya semasa ditemui media selepas turut sama menjayakan program berkenaan di sini Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Pengerusi Malaysia Green Building Council (MGBC) Sim Sie Hong berkata, program seumpama ini akan memberikan banyak faedah kepada penduduk setempat terutama bagi mereka yang menjalanka­n perniagaan di kawasan sekitar.

“Sekiranya kawasan persekitar­an bersih, maka perniagaan akan berjalan lebih lancar dan orang awam akan mula selesa untuk berkunjung ke kawasan berkenaan.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan MGBC sentiasa berbesar hati bersamasam­a menyokong DBKK dalam menjayakan­nya,” jelasnya yang juga Pengerusi Liveable Love KK.

Program yang bermula seawal jam 7.45 pagi itu disertai oleh seramai 715 orang termasuk penduduk dan pengusaha premis di sekitar kawasan Bandaran Berjaya, kakitangan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan antaranya Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selain beberapa agensi bukan kerajaan seperti Sabah Electricit­y Sdn. Bhd (SESB), Pembinaan Kekal Mewah, Junior Chamber Internatio­nal (JCI) dan Berjaya Group.

Turut hadir, Pengerusi Heritage Love KK Datuk Seri Panglima Vicky Lee; Pengerusi Health Love KK Datuk Nancy Ho dan Pengerusi Green Love KK Rizal Banjar.

 ?? ?? KENANGAN: Sebahagian peserta program dari JCI dan Pertubuhan Khidmat Kemanusiaa­n Alpha Kappa Rho merakam kenangan bersama Noorliza.
KENANGAN: Sebahagian peserta program dari JCI dan Pertubuhan Khidmat Kemanusiaa­n Alpha Kappa Rho merakam kenangan bersama Noorliza.
 ?? ?? PEMBERSIHA­N: Noorliza (tiga dari kiri) menyantuni pekerjapek­erja pembersiha­n DBKK.
PEMBERSIHA­N: Noorliza (tiga dari kiri) menyantuni pekerjapek­erja pembersiha­n DBKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia