Utusan Borneo (Sabah)

Pembeli hartanah peroleh manfaat daripada harga pra-inflasi

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kadar permintaan untuk hartanah dan perumahan berada pada aliran meningkat dengan perumahan bersifat teres kekal sebagai pilihan utama pembeli di Sabah ketika negara memasuki pascapande­mik.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) Datuk Sr Chua Soon Ping berkata, pemburu hartanah juga peka bahawa masa ini adalah waktu terbaik untuk memperoleh aset terbabit berikutan harga hartanah masih rendah seperti yang ditetapkan sebelum inflasi melanda.

“Pembeli menyedari ini adalah masa terbaik berikutan harga hartanah masih kekal seperti sebelum ini walaupun negara mengalami inflasi sejak setahun lalu.

“Pembeli bijak mengambil kesempatan daripada harga pra-inflasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, banyak hartanah yang terletak di lokasi utama dan strategik turut dibeli dan melalui tinjauan selama empat bulan menunjukka­n maklum balas yang baik daripada pembeli di empat hartanah berkenaan.

“Lebih 100 unit di Menara Jesselton berjaya dijual, lebih 70 unit di Bay Suites, manakala lebih 60 unit di Forest Hill dan lebih 70 unit di The Logg turut dibeli.

“Ekspo Hartanah yang diadakan di sini dan Tawau baru-baru ini juga berjaya mencatatka­n jualan lebih RM125 juta selain perhatian yang tinggi turut diberikan terhadap hartanah yang masih dalam pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata, hartanah bersifat teres yang terletak di lokasi strategik masih diburu dalam kalangan pembeli.

“Walaupun keuntungan modal dan sewa akan dapat mengejar inflasi, pembeli perlu melabur secara berhemat, bukannya secara spekulatif.

“Hartanah sentiasa menjadi pelaburan yang baik sekiranya berkaitan dengan rancangan untuk mengembang­kan kekayaan dan perlindung­an anda,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata, pihak bank juga perlu memastikan peminjam mempunyai rekod prestasi kewangan yang baik sebelum mendapatka­n kelulusan pinjaman.

“Pembeli mesti sentiasa menyimpan rekod kewangan yang baik, rajin dan berhati-hati apabila memilih untuk membeli hartanah,” katanya.

Dalam pada itu, Chua juga mengatakan pihak pemaju perlu membina hartanah selari dengan permintaan dan harga produk mereka secara kompetitif serta munasabah.

 ?? ?? CHUA
CHUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia