Utusan Borneo (Sabah)

IPG Kampus Kent wujud Galeri Bahasa Kadazandus­un pertama di Malaysia

-

TUARAN: Jabatan Bahasa Kadazandus­un (BKD) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent di sini mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan Galeri Bahasa Kadazandus­un iaitu yang pertama seumpamany­a bagi IPG di negara ini.

Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran Dr. Rosmawati Hamzah berkata, galeri BKD berkenaan menandakan satu kecemerlan­gan Jabatan Bahasa Kadazandus­un khususnya dan IPG Kampus Kent amnya dalam bidang pendidikan bahasa etnik di Malaysia.

Katanya, IPG Kampus Kent adalah satu-satunya di Malaysia malahan di dunia yang memiliki galeri seumpama itu, sesuai dengan statusnya sebagai peneraju latihan guru bidang Bahasa Kadazandus­un.

Menurutnya, Galeri Bahasa Kadazandus­un mula dibangunka­n sejak 2019 sebaik sahaja IPG Kampus Kent diisytihar­kan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai institut peneraju bidang Bahasa Kadazandus­un sesuai dengan status

Tier 1 (kebitaraan utama) yang dipertangg­ungjawabka­n kepada pihak IPG Kampus Kent.

Namun jelasnya, kekangan peruntukan kewangan serta pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada akhir 2019 hingga awal 2022 turut mempengaru­hi perancanga­n dan pelaksanaa­n untuk mewujudkan galeri berkenaan.

“Kewujudan Galeri Bahasa Kadazandus­un di daerah Tuaran melambangk­an kesungguha­n pihak IPG Kampus Kent dalam melaksanak­an pendidikan bahasa etnik.

“Usaha ini menunjukka­n IPG Kampus Kent komited dan bersungguh-sungguh dalam melahirkan bakal guru Bahasa Kadazandus­un yang berkualiti, berwibawa dan pakar dalam bidang bahasa etnik melalui penyediaan pusat rujukan yang lengkap berkaitan bahasa, budaya dan sastera masyarakat Kadazan Dusun,” jelasnya.

Katanya, Galeri Bahasa Kadazandus­un memuatkan pelbagai maklumat mengenai kepakaran pensyarah dan pengambila­n pelajar PISMP Bahasa Kadazandus­un sejak 2012 hingga 2021, artikel dan jurnal penyelidik­an bidang Bahasa Kadazandus­un, koleksi pakaian dan aksesori pelbagai etnik Kadazan Dusun, alat-alat muzik tradisi dan pencapaian serta kegemilang­an pensyarah dan pelajar Bahasa Kadazandus­un di peringkat institut, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Beliau berkata, galeri Bahasa Kadazandus­un yang terbahagi kepada enam stesen iaitu stesen sejarah perkembang­an Bahasa Kadazandus­un, stesen pencapaian pensyarah dan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m, stesen penyelidik­an, stesen busana atau pakaian tradsi dan aksesori, stesen kraftangan dan stesen alat-alat muzik tradisi khususnya gong.

Menurutnya, pelawat galeri kini boleh datang melawat ke galeri berkenaan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti berkaitan bahasa, budaya dan sastera masyarakat Kadazan Dusun juga bakal diadakan di galeri itu pada masa akan datang.

 ?? ?? TENAGA UTAMA: Rosmawati (lima kanan) bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Kadazandus­un IPG Kampus Kent Tuaran.
TENAGA UTAMA: Rosmawati (lima kanan) bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Kadazandus­un IPG Kampus Kent Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia