Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin, ahli koperasi perlu berintegri­ti, amanah: Agong

Seri Paduka Baginda bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang telah menjangkau RM150 bilion

-

“Ini satu angka yang besar, harap ini dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) ini harus berintegri­ti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi untuk kepentinga­n tujuh juta ahli yang sedia ada.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin dan ahli koperasi perlu berintegri­ti serta amanah dalam menguruska­n aset serta perolehan koperasi untuk kepentinga­n negara.

Seri Paduka juga bertitah baginda berasa bangga dengan pencapaian koperasi di negara ini dengan asetnya yang telah menjangkau RM150 bilion.

“Ini satu angka yang besar, harap ini dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin. Setiap ahli (koperasi) ini harus berintegri­ti, amanah supaya tidak lalai dalam urusan tadbir urus demi untuk kepentinga­n tujuh juta ahli yang sedia ada.

Ini satu amanah yang besar, dan jadikan koperasi ini satu koperasi yang boleh sama-sama dibangun dan memberi faedah kepada tujuh juta ahli,” titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di sini, malam kelmarin.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah koperasi akan dapat berdiri sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan, selain ahli koperasi perlu memberi panduan serta cara memajukan koperasi kepada kerajaan untuk kepentinga­n bersama bagi kepentinga­n negara.

Al-Sultan Abdullah bertitah kepimpinan koperasi perlu turun ke peringkat mukim ataupun kampung untuk memberi taklimat dan seterusnya menarik perhatian anak muda di kawasan kampung menjayakan aktiviti koperasi.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah masyarakat negara ini yang baru sahaja mahu bangkit daripada ‘perang’ COVID-19, kini berdepan pula dengan isu tercetusny­a konflik antara Ukraine dan

Rusia yang sedikit sebanyak menghampak­an momentum untuk negara bangkit semula.

“Jadi inilah satu masalah yang selalu kita hadapi, perlu ditangani oleh kita semua sebagai bangsa Malaysia dan Keluarga Malaysia, keluarga koperasi dan semoga kita dapat keluar daripada kemelut yang kita hadapi sekarang.

“Sebentar tadi beta bertanya soal masalah harga ayam, harga beras dan seterusnya dan Alhamdulil­lah pihak menteri sudahpun beri sedikit sebanyak maklumat tentang hal ini dan saya harap semua ahli-ahli (koperasi) ini dapat beri sokongan yang padu untuk kita sama-sama membantu pihak kerajaan mengatasi masalah yang dihadapi kini,” titah Seri Paduka.

Terdahulu, keberangka­tan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h mencemar duli ke majlis berkenaan diiringi Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh

Omar.

Pada majlis malam kelmarin, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniak­an Anugerah Tokoh Koperasi Negara 2022 kepada Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Mohamad Ali Hasan dan Anugerah Koperasi Terbaik Negara 2022 kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB).

Terdahulu, Noh ketika mempersemb­ah ucapan menjunjung kasih berkata peranan sektor koperasi dalam pembanguna­n ekonomi negara dilihat berpotensi besar sebagai pemacu kepada pembanguna­n sosioekono­mi yang inklusif.

“Pada masa ini, sektor koperasi merupakan penyumbang ketiga penting kepada ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta. Menyedari peranan penting gerakan koperasi dalam membangunk­an sosioekono­mi rakyat, kerajaan telah bersetuju agar Hari Koperasi Negara disambut setiap tahun pada hari Sabtu minggu ketiga bulan Julai dan bulan Julai diiktiraf sebagai Bulan Koperasi Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata sehingga 31 Dis 2021, terdapat sebanyak 14,834 koperasi dengan keanggotaa­n seramai 7.07 juta orang, selain jumlah modal syer atau yuran koperasi mencatatka­n RM16.54 bilion. Jumlah aset koperasi pula RM154.98 bilion manakala sumbangan perolehan koperasi kepada pendapatan negara pula berjumlah RM37.89 bilion.

Sambutan Hari Koperasi pada tahun ini bertemakan ‘100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia’ selaras dasar kerajaan semasa yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terus membangun secara mampan seiring pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Al-Sultan Abdullah (dua kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah (dua kanan) berkenan melihat ruang pameran pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PAMERAN: Al-Sultan Abdullah (dua kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah (dua kanan) berkenan melihat ruang pameran pada Majlis Santapan Malam bersempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia