Utusan Borneo (Sabah)

Johor perintis kontrak berasaskan prestasi babit kos bina jalan RM601 juta

-

JOHOR BAHRU: Johor merupakan perintis kepada perjanjian konsesi jalan raya yang menggunaka­n model kontrak berasaskan prestasi dengan anggaran kos RM601 juta.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tempoh perjanjian kontrak di antara Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd itu telahpun bermula Jun lepas sehingga Februari 2026.

“Pendekatan holistik ini akan mengukur dengan lebih tepat indeks prestasi utama (KPI) perkhidmat­an oleh syarikat yang dilantik sekali gus dapat memastikan jalan raya lebih berkualiti pada masa akan datang demi keselesaan pengguna Bangsa Johor.

“Selain itu, kerajaan Persekutua­n juga telah menyalurka­n peruntukan sebanyak RM126.23 juta tahun ini bagi menyelengg­ara jalan persekutua­n di negeri ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebookny­a semalam.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata KKR turut meluluskan beberapa projek jalan raya di Johor termasuk Lebuhraya Pasir Gudang yang sedang dinaik taraf daripada empat lorong kepada enam lorong dari persimpang­an Bandar Seri Alam Taman Rinting-Pasir Gudang dengan kos RM155 juta.

Beliau berkata tanjakan berarah (directiona­l ramp) di persimpang­an Senai Desaru Expressway (SDE)Bandar Penawar juga sedang dalam pembinaan dengan kos RM129.2 juta.

“Selain itu, jalan pintas dari Kolej Matrikulas­i ke Kawasan Perindustr­ian Tangkak di Jalan Muar-Tangkak-Segamat sedang dinaik taraf dengan kos RM269 juta.

“Sementara itu, pembinaan median, pusingan U dan kerja berkaitan sedang dibuat dari Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) – jambatan merentasi lebuh raya utara selatan (PLUS) (seksyen 34.5) melibatkan kos RM250 juta,” katanya. Beliau berkata jambatan Kota Tinggi bypass juga sedang dinaik taraf dengan kos RM126.4 juta selain kerja pembaikan dan naik taraf jalan raya di hadapan Hospital Sultanah Aminah membabitka­n kos RM800,000.

“Semalam (kelmarin) saya berpeluang beramah mesra dengan warga Jabatan Kerja Raya pada majlis makan malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-Malaysia 2022 dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kerana sudi menjemput saya dan meluluskan projek-projek jalan raya di Johor,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia