Utusan Borneo (Sabah)

Alcaraz melonjak ke ranking lima pemain teratas dunia

-

HAMBURG: Carlos Alcaraz akan menjadi pemain paling muda yang melonjak ke ranking lima teratas dunia sejak Rafael Nadal melakukann­ya pada 2005 selepas melangkah ke final ATP yang kelimanya tahun ini di sini pada Sabtu.

Pemain berusia 19 tahun dari Sepanyol itu menewaskan Alex Molcan dari Slovakia 7-6(7/2) dan 6-1 untuk menempah pertemuan akhir menentang Lorenzo Musetti pada kejohanan yang berlangsun­g di permukaan tanah liat ini.

Alcaraz sudah menang semua lima final terakhir dalam Jelajah ATP, termasuk kejuaraan Siri Master di Miami dan Madrid.

“Lorenzo bermain dengan sangat baik,” kata Alcaraz. “Sudah tentu dia pemain yang hebat dan ia pastinya final yang menarik.

“Dia bermain dengan hebat sebelum final. Saya juga bermain dengan baik, jadi saya mempunyai banyak keyakinan di final dan berharap untuk meraih kemenangan keenam di final.”

Dia akan melepasi Casper Ruud, yang juga melangkah ke final pada kejohanan di Gstaad pada hari yang sama, dalam kedudukan ranking baharu yang akan dikeluarka­n pada Isnin.

Alcaraz bergelut mencari rentak pada set pertama walaupun mendahului 5-3 pada satu ketika dengan Molcan berjaya mengutip dua mata seterusnya untuk mengikat kedudukan dan sekali lagi untuk membawa permainan ke tiebreak.

Alcaraz akhirnya menemui rentak dan menang selesa untuk memenangi set pertama sebelum mengekalka­n rentak pada set kedua dan meneruskan kemaraan ke final.

Pada perlawanan awal, Musetti, pemain dari Itali, melangkah ke final Jelajah ATP pertamanya apabila menewaskan Ffrancisco Cerundolo 6-3 dan 7-6(7/3).

“Ia sangat bermakna bagi saya,” kata Musetti, 20. “Ia mengejutka­n kerana saya tidak bermain di tahap terbaik minggu lepas (di Bastad), jadi saya tidak menjangka akan ke final di sini.”

Pemain ranking ke-62 dunia itu menguasai hampir sepanjang permainan tetapi gagal menyempurn­akan mata akhir pada kedudukan 5-4 pada set kedua sebelum dipaksa bermain dalam tiebreak sebelum menang.

 ?? ?? ALCARAZ
ALCARAZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia