Utusan Borneo (Sabah)

Neymar tidak pasti mengenai rancangan kelab terhadap masa hadapannya di PSG

-

PARIS: Penyerang antarabang­sa Brazil, Neymar, mengulangi hasratnya untuk terus kekal di kelab juara Ligue 1 Perancis Paris Saint Germain (PSG) tetapi tidak pasti apa pelan kelab tentang masa depannya.

Awal bulan ini, penyiaran ESPN melaporkan bahawa PSG terbuka untuk membenarka­n pemain itu pergi pada musim panas ini, dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, dikatakan berminat.

Neymar, 30, diturunkan dalam separuh masa kedua ketika PSG menewaskan Urawa Red Diamonds pada perlawanan persahabat­an pramusim pada Sabtu.

Selepas perlawanan, dia bercakap tentang pelan masa depannya.

“Saya masih mahu terus kekal di kelab,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan. “Sehingga sekarang, kelab tidak memberitah­u saya apa-apa, jadi saya tidak tahu apa perancanga­n mereka untuk saya.”

Komen Neymar hadir selepas jurulatih baharu PSG, Christophe Galtier memberitah­u sidang media selepas perlawanan bahawa dia juga tidak pasti jika Neymar akan terus kekal di kelab.

“Neymar sudah berlatih dengan baik sejak awal musim,” kata Galtier. “Dia juga bagi saya kelihatan gembira dan sangat cergas. Saya bercakap tentang situasinya pada satu sidang media.

“Apa yang akan berlaku dalam masa hadapan, pada akhir pasaran perpindaha­n, saya tidak tahu. Saya belum berbual secara khusus dengannya dalam hal ini.

“Tetapi dia tidak kelihatan bermasalah bagi saya terutama sekali selepas orang berkata tentang dia dan situasinya di kelab kerana dalam sesi latihan, dia kelihatan ceria.”

Neymar juga menyuaraka­n keinginann­ya untuk terus kekal bersama PSG pada bulan Mei lalu dan menambah dia tidak sabar untuk menutup mulut pengkritik pada musim baharu.

“Hakikatnya ialah saya tidak perlu membuktika­n kepada sesiapa pun,” tambah Neymar. “Orang bercakap terlalu banyak kerana mereka tidak melakukan perkara lain. Mereka kenal saya, mereka tahu bagaimana saya bermain, siapa diri saya. Saya tidak perlu menunjukka­n kepada sesiapa pun. Saya suka bermain bola sepak, saya berasa gembira.”

Neymar juga dikaitkan dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City tetapi laporan itu dianggap “palsu” oleh pengurus City, Pep Guardiola.

 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Neymar semasa diturunkan pada perlawanan menentang Urawa Reds pada Siri Jelajah Jepun di Saitama.
— Gambar AFP LINCAH: Neymar semasa diturunkan pada perlawanan menentang Urawa Reds pada Siri Jelajah Jepun di Saitama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia