Utusan Borneo (Sabah)

Pumas mantapkan pertahanan dengan Alves

-

KOTA MEXICO: Kelab bola sepak Mexico, Pumas, pada Sabtu mendapatka­n khidmat pemain pertahanan veteran dari Brazil, Dani Alves selepas pemain itu meninggalk­an Barcelona buat kali kedua.

Alves, dianggap oleh ramai pihak sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah, menyertai semula Barca pada bulan November namun pada bulan lepas, mengesahka­n bahawa dia tidak akan melanjutka­n kontrak di Barca.

Alves menandatan­gani kontrak bersama Pumas di hadapan media selepas menjalani pemeriksaa­n perubatan, dengan presiden kelab Pumas, Leopoldo

Silva berkata semuanya “berjalan lancar”.

Alves berkata dia mahu “meninggalk­an warisan kepada pemain muda supaya mereka boleh terus berusaha untuk apa yang mereka impikan, kerana dia adalah bukti jelas bahawa semua dalam kehidupan ini boleh dicapai”.

“Saya datang dari bandar kecil di mana orang mahu menang,” katanya ketika menjelaska­n keputusan untuk menyertai Pumas, yang dikaitkan dengan Universiti Autonomi Mexico (UNAM).

“Bola sepak mengubah kehidupan saya dan saya mahu ia terus mengubah kehidupan ramai orang dan kerana itulah kenapa saya menerima cabaran datang ke Pumas,” katanya.

Alves menyertai penyerang dari Argentina, Gustavo del Prete dan Eduardo Salvio yang menyertai juara tujuh kali Liga MX (Mexico) itu.

Alves membuat 408 penampilan bersama Barcelona secara keseluruha­nnya, dengan 391 pada tempoh pertama di Barca dari 2008 hingga 2016.

Pada tempoh pertama di Barca, dia memenangi enam kejuaraan La Liga Sepanyol, tiga Liga JuaraJuara dan empat Copa del Rey (Piala Sepanyol).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia