Utusan Borneo (Sabah)

ATP Gstaad: Berrettini tempah perlawanan akhir menentang Ruud

-

GSTAAD: Metteo Berrettini menamatkan kepulangan memberangs­angkan Dominic Thiem ke Jelajah ATP apabila menang selesa 6-1 dan 6-4 untuk menempah pertemuan akhir menentang pilihan pertama kejohanan, Casper Ruud dalam kejohanan ATP Gstaad di sini pada Sabtu.

Pemain ranking ke-15 dunia dari Itali, yang bermain kejohanan pertama sejak menarik diri dari Wimbledon kerana dijangkiti COVID-19, menamatkan kempen juara Terbuka Amerika (AS) 2020 itu dalam masa hanya 77 minit.

Ruud, juara bertahan kejohanan, juga beraksi memberangs­angkan apabila mengambil masa lebih satu jam untuk menewaskan pilihan keempat, Albert Ramos dari Sepanyol 6-2 dan 6-0.

“Saya amat gembira dengan permainan saya,” kata Berrettini,

juara di sini pada 2018.

“Saya tidak fikir saya memberikan­nya masa untuk mencari rentak permainan dan ia adalah kunci utama hari ini.”

Ia tetap merupakan minggu yang sangat bagus buat Thiem, pemain dari Austria yang tercicir ke ranking ke274 dunia selepas satu tahun diselubung­i kecederaan, kemurungan dan COVID-19. Ini adalah penampilan di separuh akhir yang pertamanya dalam tempoh 14 bulan.

Berrettini akan beraksi di final yang ke-11 dalam kariernya dan akan memburu kejuaraan ketiga berturut-turut selepas memenangi dua kejohanan di permukaan rumput di Queen dan Stuttgart.

Dalam pertemuan bekas juara di permukaan tanah liat di Switzerlan­d, Ruud menguasai sepanjang permainan ketika melangkah ke final kelimanya pada tahun ini.

Jaguh dari Norway itu akan memburu kejuaraan kedua di Gstaad dan kejuaraan ketiga tahun ini.

Kedua-dua finalis belum tewas di sini, dengan Berrettini meraih kemenangan pada penampilan sulung pada 2018 dan Ruud muncul juara pada penampilan pertamanya tahun lepas.

“Ia pastinya sukar,” kata Berrettini.

“Empat pemain di separuh akhir pernah muncul juara, jadi kami sememangny­a sukan bermain di sini. Saya menang pada 2018, Albert pad 2019 dan Casper pada 2021, jadi saya fikir kami suka bermain di sini.”

Berrettini dan Ruud mempunyai rekod pertemuan 2-2, dengan Berrettini memenangi perlawanan terakhir mereka di peringkat separuh akhir di Madrid tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia